Akan ada Mat Kilau 2

Masa Membaca:1 Minit, 54 Saat

BANDA HILIR 16 Julai – Penerbit filem Mat Kilau memberi jaminan filem pahlawan Melayu itu akan diteruskan sekali gus memberi impak lebih besar dalam industri perfileman negara.

Penerbit Kembara Studio, Shahrudin Dali berkata, karya dalam pembikinan filem seterusnya akan tetap diteruskan berikutan dalam siri pertama yang kini pecah panggung itu hanya sebahagian intipati daripada kebangkitan pahlawan Mat Kilau.

“Insyallah, kita ada sambungan sebenarnya apa yang kita saksikan dalam filem ini adalah episod pertama dalam siri-siri kebangkitan, jadi ada banyak sebenarnya sepatutnya kita dedahkan dan wajib kita t

“Ia lebih hebat, lebih besar, lebih gempak…Insyallah dalam masa terdekat ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Shahrudin berkata, filem Mat Kilau 2 turut mempunyai kejutan apabila akan mengeluarkan lebih ramai watak-watak tambahan membabitkan barisan pelakon di negara ini.

“Untuk pelakon, akan ada watak-watak tambahan, begitu juga kita akan adakan banyak ‘event-event’ besar, maka makanya bukan saja pelakon sedia ada, ada juga pelakon-pelakon tambahan akan diambil,” ujarnya.

Sekitar Program Tengok Wayang filem Mat Kilau Bersama UMNO Bahagian Masjid Tanah di Panggung Wayang Mahkota Parade. Foto Iqmal Haqim Rosman

Bercakap mengenai misi utama penerbitan Studio Kembara, Shahrudin menambah syarikatnya itu akan sentiasa istiqamah dalam menghasilkan karya-karya filem yang bercirikan patriotisme dan memberi kesedaran buat anak bangsa sendiri.

“Studio Kembara sentiasa istiqamah untuk menghasilkan filem-filem yang bercirikan patriotisme, bercirikan memberi kesedaran untuk anak bangsa kita dan rakyat Malaysia.

“Ia juga mampu memberi suntikan supaya kita menjaga negara ini, menjaga agama, menjaga bangsa dan paling penting ialah dapat mendorong seluruh umat melayu menjadi pemimpin umat islam,itu adalah sasaran dan motif kita apabila kita menghasilkan karya-karya ini, selain itu hiburan bermanfaat,” katanya.

Terdahulu, beliau ditemui bersama beberapa barisan pelakon utama filem itu yang hadir berbusana Melayu lama dalam program dianjurkan UMNO Masjid Tanah.

Program yang turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali bersama Ketua Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh telah memberi sambutan hebat apabila kira-kira 400 peserta telah memenuhi dua dewan panggung di sebuah pusat membeli belah, di sini malam tadi.

Filem itu dipertontonkan kepada semua rakyat Malaysia dan nusantara ini mengenai kebangkitan kepahlawanan orang Melayu Pahlawan Mat Kilau sebenarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4095
Kongsi :
Previous post Bangkitkan semangat juang demi bangsa seperti Mat Kilau
Next post B-19 AFF : Malaysia atasi cabaran Laos untuk muncul juara
Ubah saiz-+=