Bangunan Klinik Kesihatan Kuala Sungai Baru lama diserahkan kepada JKPTG

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

SERI NEGERI 29 November – Bangunan Klinik Kesihatan (KK) Kuala Sungai Baru yang sebelum ini dirancang untuk dijadikan sebagai pusat jagaan warga emas diserahkan semula kepada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) untuk tindakan selanjutnya.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem berkata bangunan klinik kesihatan itu diserahkan kepada JKPTG berikutan tapak bangunan yang berskala kecil iaitu seluas 0.23 ekar dan tidak sesuai untuk sebarang pembangunan klinik.

Katanya, berdasarkan perancangan sebelum ini Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka ada membuat permohonan untuk mengambil alih salah satu bangunan iaitu blok klinik ibu dan anak untuk dijadikan pusat jagaan warga emas namun tidak dapat diteruskan berikutan kekangan kewangan bagi tujuan pembaikan.

“Untuk makluman, bangunan lama klinik berkenaan terbahagi kepada dua blok berasingan iaitu blik Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) dan blok Jabatan Pesakit Luar (JPL) dan satu daripadanya iaitu KKIA sudah diserahkan kepada JKPTG.

“Kelulusan penyerahan itu diperolehi pada 11 Ogos 2023 melalui keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Pemantauan Tanah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Bil1/2023.

“Blok JPL juga dalam perancangan untuk diserahkan kepada JKPTG,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan menjawab soalan tambahan Rosli Abdullah (BN-Kuala Linggi) mengenai status bangunan KK Kuala Sungai Baru yang terbiar pada hari ketiga Persidangan Ketiga (Bajet) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Kelima Belas, di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1112
Kongsi :
Previous post TMM2024 : Peruntukan RM25 juta fokus tapak warisan UNESCO
Next post Penginapan karavan untuk pelancong ke Melaka
Ubah saiz-+=