Bangunan klinik kesihatan Tanjung Kling dijadikan stor farmasi
SERI NEGERI 2 Ogos – Bangunan klinik kesihatan yang terbiar di pekan Tanjung Kling akan dijadikan stor eksibit dan integrasi farmasi yang menelan kos RM900,000.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem berkata Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) merancang untuk menjadikan klinik kesihatan itu sebagai stor farmasi.
Katanya, peruntukan naik taraf bangunan itu bagaimanapun tidak mendapat kelulusan dalam Rolling Plan Ketiga Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13) namun perkara itu akan diangkat pada Rolling Plan Keempat.
“Kita akan mengangkat permohonan projek itu sekali lagi bagi mendapatkan permohonan untuk menjadikan bangunan klinik kesihatan itu sebagai stok eksibit dan stor integrasi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Melaka Tengah.
“Projek ini menelan kos kira-kira RM900,000 dan jika ia diluluskan pada Rolling Plan seterusnya, kita akan laksanakan projek itu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media bagi mengulas ucapan penangguhan dikemukakan Tuminah Kadi @ Mohd Hashim (BN-Pantai Kundor) pada Hari Ketiga Persidangan Kedua, Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Yang Kelima Belas, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.