Pertimbang beri elaun saguhati cuti bersalin dan cuti haji guru KAFA dan SRA JAIM

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

SERI NEGERI 2 Ogos – Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan kenaikan elaun serta bayaran saguhati cuti bersalin dan cuti haji kepada guru Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bergantung kepada keperluan semasa.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, pelantikan kontrak khas kepada guru KAFA dan JAIM melibatkan 1,422 guru bagi lantikan sebelum Januari tahun ini kekal menerima gaji sama diterima pada tahun ini termasuk elaun.

Katanya, bagi guru-guru lantikan sebelum tahun 2016 iaitu seramai 917 orang yang sebelum ini mendapat elaun sebanyak RM1,000, kadar elaun itu dinaikkan kepada RM1,500 manakala EPF dan SOCSO dibayar oleh Kerajaan Negeri sebanyak RM230.

“Begitu juga guru Taman Didikan Kanak-kanak (TADIKA) JAIM yang dinaikkan kadar elaunnya sehingga RM1,500 pukal.

“Isu tiada kenaikan bagi setiap tahun bagi semua guru berkenaan, Kerajaan Negeri tidak bersifat zalim, Insya-Allah pasti akan ada kenaikan berdasarkan taraf ekonomi pada masa yang akan datang ini.

“Kita sudah mengadakan perbincangan bersama JAIM serta MAIM untuk mempertimbangkan sekurang-kurangnya guru cuti bersalin diberikan saguhati walaupun tidak dibayar elaun penuh, begitu juga cuti haji mereka akan dipertimbangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab isu berbangkit ucapan penangguhan dikemukakan Dr Mohd Yadzil Yaakub (PN-Bemban) pada Hari Ketiga Persidangan Kedua, Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Ke-15 di sini.

Mengulas lanjut, Rahmad berkata, antara kemudahan lain diterima guru KAFA dan JAIM adalah tempoh tamat perkhidmatan dilanjutkan daripada 58 tahun kepada 60 tahun mengikut usia kelahiran.

“Malah cuti rehat khas dinaikkan daripada tujuh hari kepada 10 hari setahun, selain kemudahan bil perubatan bagi semua guru KAFA dan SRA JAIM tertakluk kepada tuntutan diri sendiri sepanjang perkhidmatan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3628
Kongsi :
Previous post Rim terima lebih RM1 juta bagi pembangunan keagamaan sejak 2021
Next post Bangunan klinik kesihatan Tanjung Kling dijadikan stor farmasi
Ubah saiz-+=