Rim terima lebih RM1 juta bagi pembangunan keagamaan sejak 2021

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

SERI NEGERI 2 Ogos- Kerajaan Negeri menerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah memperuntukkan lebih RM1 juta untuk pembangunan keagamaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata peruntukan bernilai RM1,003,521.11 juta itu adalah bagi tempoh tiga tahun sejak 2021 hingga 2023.

Katanya, pembangunan keagamaan tersebut terdiri dari peruntukan Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM, Taman Didikan Kanak-kanak (TADIKA) JAIM, masjid dan surau dalam DUN terbabit.

“Pada tahun 2021, sebanyak RM347,471.51 telah diperuntuk buat SRA dan tadika JAIM, manakala sebanyak RM397,195.73 peruntukan buat masjid dan surau dengan nilai RM744,667.24.

“Manakala bagi tahun 2022, sebanyak RM52,270 peruntukan buat SRA dan tadika JAIM, manakala 19,150 buat masjid dan surau.

“Tahun 2023 setakat Julai peruntukan hanya diberi untuk masjid dan surau dengan nilai RM187,433.87,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Khaidhirah Abu Zahar (BN-Rim) mengenai peruntukan daripada MAIM untuk baik pulih masjid dan surau dalam Melaka di DUN terbabit pada hari ketiga Persidangan Kedua, Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Seri Negeri, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Rahmad berkata mengenai permohonan yang ditolak oleh pihak MAIM dan JAIM untuk tujuan pembangunan keagamaan dalam DUN Rim, pihaknya lebih menumpukan projek pembaikan atau pembinaan mengikut peruntukan yang disalurkan.

“MAIM sentiasa bersedia mempertimbangkan permohonan-permohonan yang sebelum ini ditolak ekoran peruntukan yang terhad.

“MAIM juga telah mewujudkan garis panduan di mana peruntukan lebih tertumpu kepada masjid dan surau yang memerlukan peruntukan bagi tujuan pembaikan kritikal dan pembinaan baharu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

995
Kongsi :
Previous post Pintu gerbang baharu untuk pelancongan Kuala Linggi
Next post Pertimbang beri elaun saguhati cuti bersalin dan cuti haji guru KAFA dan SRA JAIM
Ubah saiz-+=