
Banjir: 11 mangsa di Merlimau dipindahkan guna lori angkut
MERLIMAU 19 Dis – Enam keluarga di Kampung Lancang, di sini, terpaksa menghubungi pihak bomba selepas rumah yang didiami dinaiki air secara mendadak, kira-kira jam 8 malam tadi.
Sebelas daripada mereka bagaimanapun selamat dipindahkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Merlimau ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sungai Rambai.
Menurut Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan II Sofian Hasan, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.44 malam sebelum tiba di lokasi lapan minit kemudian.
Setiba dilokasi, didapati terdapat enam keluarga terjejas banjir di kampung berkenaan.
“Paras ketinggian banjir di situ lebih kurang dua kaki dan kita telah memindahkan 11 mangsa dari dua buah keluarga yang paling terjejas dalam banjir di kawasan itu.
“Kesemua mereka dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sungai Rambai menaiki lori angkut,” katanya.
Beliau berkata operasi terkawal kira-kira jam 10 malam tadi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TAMBAHAN BANTUAN STR, SARA BERI IMPAK BESAR BUAT RAKYAT
AYER KEROH 12 Oktober - Peningkatan peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) amat membantu rakyat untuk...
BELANJAWAN 2027: USAHA MELAKA PERKASA TVET DAPAT PERHATIAN DAN PENGIKTIRAFAN
AYER KEROH 12 Oktober - Pemilihan Melaka sebagai negeri tumpuan pelaburan dan pembangunan bakat menerusi inisiatif Melaka Centre of Excellence...
JEREBU: SEKOLAH DITUTUP, PKSK DAN STAM TETAP BERJALAN
AYER KEROH 12 Oktober – Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Melaka diteruskan...
MPHTJ KONGSI AMALAN HIJAU DI PERINGKAT ANTARABANGSA
AYER KEROH 12 Oktober - Usaha mengurus penggunaan tenaga secara cekap di Kompleks Melaka Mall membuka ruang kepada Majlis Perbandaran...
JEREBU: SEMUA SEKOLAH DI MELAKA TUTUP ESOK
AYER KEROH 12 Oktober - Semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di...
KESIHATAN MENTAL REMAJA: KENALI TANDA, BERIKAN SOKONGAN AWAL
AYER KEROH 12 Oktober - Kira-kira satu daripada 10 remaja bersekolah berusia 13 hingga 17 tahun melaporkan pernah membuat rancangan...
