
Banjir: 258 mangsa di Jasin belum pulang ke rumah
JASIN 10 Jan – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini pagi ini berkurangan kepada 258 mangsa berbanding 305 orang pada jam 8 malam tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata terdapat empat kawasan di daerah itu masih terjejas banjir.
Katanya, empat kawasan berkenaan adalah Kampung Parit Penghulu Benteng, Kampung Lanchang, Kampung Tersusun Rambai Jaya dan Kampung Parit Putat Benteng.
“Jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Rambai merekodkan angka paling tinggi iaitu seramai 186 mangsa membabitkan 55 keluarga.
“PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu menempatkan 55 mangsa daripada 11 keluarga manakala PPS SK Seri Mendapat terdiri daripada 20 mangsa membabitkan enam keluarga,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang masih belum pulang ke kediaman masing-masing seramai 258 mangsa melibatkan 72 keluarga.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
LEGENDA ROTI KOK 90 TAHUN, RENTAS EMPAT GENERASI
MACHAP JAYA 25 Mei - Setiap gigitan rangup mampu menghidupkan kembali kehangatan nostalgia zaman dahulu. Aroma yang dibakar sempurna dapat...
‘KING OYEN’ SERONOK BONCENG BASIKAL
BANDA HILIR 24 Mei - Gelagatnya yang tenang dan bersahaja membonceng basikal menjadikan seekor kucing berwarna oren atau lebih mesra...
‘CRUISE’ PUAS-PUAS DI MELAKA, PELBAGAI PROMOSI MENARIK MENANTI ANDA
BANDARAYA MELAKA 24 Mei - Sempena cuti sekolah ini, Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menawarkan pelbagai promosi menarik...
MELAKA CETUS GELOMBANG MUSIM CUTI SEKOLAH
BANDA HILIR 24 Mei - Melaka terus menjadi destinasi pilihan pelancong apabila kadar tempahan hotel dilaporkan mencecah lebih 95 peratus...
BISKUT TONGKAT BUKIT BULAT LAIN DARIPADA YANG LAIN
MACHAP JAYA 24 Mei - Rasanya yang lebih rangup dan tidak perlu mengambil masa lama untuk lembut apabila dicicah dengan...
ZIARAH KASIH JADI RUTIN ‘AH SEM’
MACHAP JAYA 24 Mei - Nasib rakyat memerlukan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya terus terbela menerusi inisiatif...

