
BANJIR MELAKA: HANYA 63 MANGSA MASIH BERADA DI PPS
AYER KEROH 29 November – Mangsa banjir di Melaka terus menurun apabila hanya 63 orang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 7 malam tadi.
Berdasarkan maklumat InfoBencanaJKM, kesemua mangsa ditempatkan di tiga PPS yang masih dibuka di daerah Alor Gajah, iaitu Dewan Japerun Ayer Limau, Sekolah Kebangsaan (SK) Air Jernih dan Balai Raya Kampung Seri Jeram.
Daripada jumlah keseluruhan itu, PPS Dewan Japerun Ayer Limau kekal merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 35 orang membabitkan 11 buah keluarga.
Ia diikuti 21 mangsa daripada lima keluarga di PPS SK Air Jernih dan PPS Balai Raya Kampung Seri Jeram pula masih menempatkan tujuh mangsa daripada dua keluarga.
Menurut rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), terdapat 13 warga emas, seorang orang kurang upaya (OKU) dan dua bayi masih berada di PPS yang beroperasi setakat ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH 13,000 SERBU TIGA PRODUK PELANCONGAN PPSPM PERCUMA
BANDA HILIR 31 Ogos - Seramai 13,074 pengunjung mengambil peluang menikmati tiga produk pelancongan utama di bawah Perbadanan Pembangunan Sungai...
HAMPIR 3,500 NAIK MENARA TAMING SARI PERCUMA
BANDA HILIR 31 Ogos - Hampir 3,500 pengunjung mengambil kesempatan menikmati kemasukan percuma ke Menara Taming Sari sempena Sambutan Hari...
2,826 PENGUNJUNG PILIH TEROKAI MUZIUM
JASIN 31 Ogos – Seramai 2,826 pengunjung direkodkan mengunjungi enam muzium dan galeri di bawah seliaan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)...
CUTI HARI KEBANGSAAN, ATUK BAWA CUCU JEJAK SEJARAH
MERLIMAU 31 Ogos – Cuti Hari Kebangsaan dimanfaatkan Tajudin Sidek, 62, dengan cara tersendiri apabila membawa dua cucunya mengunjungi Galeri...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: 18,318 PENGUNJUNG MERIAHKAN ZOO MELAKA
AYER KEROH 31 Ogos - Sasaran 10,000 pengunjung sempena Program Kemasukan Percuma ke Zoo Melaka sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: PENGUNJUNG SERBU ZOO MELAKA SEAWAL 6.30 PAGI
AYER KEROH 31 Ogos - Bahang matahari yang semakin terik tidak menghalang orang ramai termasuk pelancong untuk terus beratur malah...
