
TENTERA MAUT MOTOSIKAL REMPUH 4X4 ROSAK DI LORONG KECEMASAN
ALOR GAJAH 29 November — Seorang anggota tentera maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda (4×4) yang berhenti KM 198.3 Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Ayer Keroh, tengah hari tadi.
Mangsa, Mohd Firdaus Ghani, 37, dari Kem Terendak, Masjid Tanah, mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata, siasatan awal mendapati 4×4 milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu berhenti di lorong kecemasan selepas mengalami kerosakan enjin ketika dalam perjalanan menuju ke Melaka.
Katanya, ketika itu, motosikal mangsa yang datang dari arah belakang dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh bahagian belakang kanan pacuan empat roda tersebut.
“Pemandu Hilux iaitu seorang anggota polis berusia 39 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah bagi tujuan bedah siasat.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH 13,000 SERBU TIGA PRODUK PELANCONGAN PPSPM PERCUMA
BANDA HILIR 31 Ogos - Seramai 13,074 pengunjung mengambil peluang menikmati tiga produk pelancongan utama di bawah Perbadanan Pembangunan Sungai...
HAMPIR 3,500 NAIK MENARA TAMING SARI PERCUMA
BANDA HILIR 31 Ogos - Hampir 3,500 pengunjung mengambil kesempatan menikmati kemasukan percuma ke Menara Taming Sari sempena Sambutan Hari...
2,826 PENGUNJUNG PILIH TEROKAI MUZIUM
JASIN 31 Ogos – Seramai 2,826 pengunjung direkodkan mengunjungi enam muzium dan galeri di bawah seliaan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)...
CUTI HARI KEBANGSAAN, ATUK BAWA CUCU JEJAK SEJARAH
MERLIMAU 31 Ogos – Cuti Hari Kebangsaan dimanfaatkan Tajudin Sidek, 62, dengan cara tersendiri apabila membawa dua cucunya mengunjungi Galeri...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: 18,318 PENGUNJUNG MERIAHKAN ZOO MELAKA
AYER KEROH 31 Ogos - Sasaran 10,000 pengunjung sempena Program Kemasukan Percuma ke Zoo Melaka sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: PENGUNJUNG SERBU ZOO MELAKA SEAWAL 6.30 PAGI
AYER KEROH 31 Ogos - Bahang matahari yang semakin terik tidak menghalang orang ramai termasuk pelancong untuk terus beratur malah...
