Banjir Pengkalan Batu: Kalsom mahu jumpa PBT, agensi terlibat

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

PENGKALAN BATU 18 Dis – Satu perjumpaan bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan diadakan berhubung isu banjir kilat yang berlaku di beberapa Kawasan Pengkalan Batu, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Noordin berkata, perjumpaan itu bagi membincangkan dan mencari penyelesaian jangka Panjang dan pendek bagi menangani masalah banjir berulang di kawasan itu.

Justeru katanya, agensi-agensi yang terlibat seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) perlu memainkan peranan sewajarnya.

“Jadi di sini saya nampak sesuatu kena buat sebab ini bukan perkara baru. Banjir ini perkara lama dan mungkin sudah bertahun tapi tak juga ada penambahbaikkan di sini. Macam ada seorang pak cik tu kata bila hari hujan sahaja, mereka dah berserahlah. Kenapa harus begitu?”

“Jadi insyaAllah dengan kerajaan yang ada ini di bawah kepimpinan YAB Ketua Menteri, saya percaya perkara ini dapat kita selesaikan demi kelangsungan rakyat itu sendiri tetapi tolonglah PBT berkenaan harus rajin turun ke padang dan pantau,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI)

Mengulas lanjut, ujarnya, sebanyak lima kawasan di DUN itu dinaiki air semalam iaitu di Rumah Awam Pantai Peringgit, Kampung Pulau Kelapa, Taman Seri Cempaka, Taman Peringgit Jaya dan Bachang Darat.

“Kita dah pun salurkan bantuan sebanyak 100 kit makanan di kawasan-kawasan yang terjejas. Bantuan ini penting sebab di saat begini mereka perlukan sokongan daripada segi keperluan asas.

“Selepas ini, kita akan cuba gerakkan kerja kerja pembersihan longkang dan sebagainya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

718
Kongsi :
Previous post Lebih 3,000 mangsa banjir di Selangor dipindah ke 30 PPS
Next post Kenderaan terkandas akibat banjir, pemandu tidur dalam kereta
Ubah saiz-+=