
Lebih 3,000 mangsa banjir di Selangor dipindah ke 30 PPS
SHAH ALAM, 18 Dis – Seramai 3,086 mangsa banjir setakat ini dipindahkan ke 30 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ni membabitkan daerah Klang, Kuala Langat dan Sepang ekoran hujan lebat tanpa henti sejak semalam.
Pengarah Bomba negeri Norazam Khamis berkata di Klang sebanyak 20 PPS dibuka dengan jumlah membabitkan seramai 2,604 mangsa.
Katanya PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Gong dan SK Johan Setia di Klang mencatatkan jumlah penempatan mangsa tertinggi iaitu masing-masing 681 dan 793 orang.
Di Sepang dan Kuala Langat sebanyak 10 PPS dibuka membabitkan 482 mangsa.
Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari menerusi ciapannya di Twitter berkata pada masa sama, sukarelawan Team Selangor dan Selangor Volunteer (SERVE) sedang digerakkan bagi mengedarkan bantuan kepada mangsa banjir.
Katanya kerajaan negeri akan terus memantau keadaan semasa dan membuka lebih banyak PPS sekiranya diperlukan.
Jabatan Meteorologi Malaysia meletakkan amaran hujan berterusan (waspada) untuk Selangor. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA MILIKI 29 TAPAK WARISAN GEOLOGI
TELOK MAS 1 Julai - Sebanyak 29 tapak warisan geologi yang dikenal pasti di seluruh negeri ini bakal menjadi produk...
INISIATIF MPJ KURANGKAN BIROKRASI PEMBANGUNAN TANAH RIZAB DAPAT PENGIKTIRAFAN
JASIN 1 Julai – Komitmen Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dalam memperkukuh kecekapan penyampaian perkhidmatan awam serta memperkasakan pembangunan komuniti membuahkan...
FESTIVAL SUNGAI MELAKA 2026: 30 ACARA RANCAKKAN 3 DAERAH
AYER KEROH 1 Julai - Sebanyak 30 acara berbentuk sukan, rekreasi, warisan dan kebudayaan mewarnai Festival Sungai Melaka 2026 yang...
16 TAHUN BERJASA DENGAN MPAG, APC SUNTIK SEMANGAT ZURAIHA
BANDA HILIR 1 Julai – Pengorbanan termasuk bekerja hingga lewat malam dan mengekalkan disiplin yang tinggi menjadi pegangan Pembantu Tadbir...
PERKHIDMATAN KLINIK PERGIGIAN BERGERAK JADIKAN SENYUMAN LEBIH BERSERI
SERKAM 1 Julai - Komitmen untuk membudayakan amalan penjagaan gigi agar bersih, bersinar dan senyuman yang lebih berseri dalam kalangan...
KESIDANG LAHIR BELIA BERKUALITI DENGAN SUKAN
KESIDANG 1 Julai - Pelbagai kemudahan sukan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang terus dinaik taraf bagi menyediakan ruang rekreasi...
