
Banjir: Projek RTB akan disegerakan – Exco
MASJID TANAH 19 Dis- Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) akan disegerakan bagi mengatasi masalah banjir yang melanda negeri ini.
Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir Datuk Rahmad Mariman berkata perkara itu merupakan langkah penyelesaian jangka panjang terbaik.
Katanya, empat dari enam projek RTB yang dirancang pembinaannya, telah diluluskan oleh kerajaan pusat.
“Kita ada enam RTB yang bernilai RM1 bilion dan empat daripadanya telah diluluskan.
“Selain itu, seperti di Lubok China, jalan penyelesaian adalah membina empangan Sungai Jernih.
“Bagi penyelesaian jangka pendek, kita akan perbaiki ban atau tebing sungai yang pecah dan rosak serta membesarkan calvet di jalan-jalan yang dikenalpasti,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media kepada selepas melawat beberapa kawasan yang dilanda banjir di sekitar Lubok China, di sini hari ini.
Hadir sama pengarah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Datuk Ir.Ismail Abd Rahman, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran, Abdul Hakim Hamzah.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KILANG KOPI DAN BISKUT HILANG STATUS HALAL, GUNA BERUS DISAHKAN BULU BABI
BANDARAYA MELAKA 1 April - Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sebuah kilang kopi dan biskut di Melaka ditarik selepas penemuan...
IMAM DIUJI MASALAH SARAF DI KEPALA, MAIM HADIR HULUR BANTUAN
AYER MOLEK 1 April - Walaupun keadaan fizikalnya nampak sihat, namun siapa sangka seorang Imam 2 Masjid Al Abrar Kampung...
KEM SILAMBAM JANJI PERSEMBAHAN TERBAIK, SASAR DUA EMAS
AYER KEROH 1 April - Kejayaan meraih tiga gangsa pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Sarawak menjadi pembakar semangat...
PLATFORM E-DAGANG PACU PENINGKATAN USAHAWAN WANITA MUDA DI MELAKA
MELAKA 1 April - Perkembangan pesat platform e-dagang kini menjadi antara pemacu utama yang melonjakkan penglibatan wanita muda di Melaka...
APM MELAKA REKOD PENINGKATAN KES TANGKAPAN HAIWAN BERBISA
MELAKA 1 April - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka merekodkan peningkatan tangkapan haiwan berbisa terutama ular kepada 1,800 kes...
JPNIN MELAKA TERIMA PERUNTUKAN KHUSUS RM1.2 JUTA DARIPADA KERAJAAN NEGERI
MELAKA 1 April - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Melaka menerima peruntukan khusus sebanyak RM1.2 juta daripada Kerajaan...
