
Banjir: Satu PPS ditutup, mangsa berkurangan kepada 29 orang
MELAKA 25 Dis – Jumlah keseluruhan mangsa banjir yang dipindahkan berkurangan kepada 29 orang berbanding 35 mangsa semalam.
Pengurangan itu susulan penutupan satu pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Alor Gajah hari ini.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok China di daerah Alor Gajah ditutup pada jam 2 petang tadi.
Katanya, ia berikutan tiga keluarga seramai enam orang itu sudah pulang ke kediaman masing-masing.
“Setakat jam 4 petang tadi, hanya satu pusat pemindahan masih dibuka iaitu PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu Benteng di daerah Jasin.
“PPS yang dibuka sejak 19 Dis lalu masih menempatkan seramai sembilan keluarga yang terdiri daripada 29 mangsa,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
4 JETI NELAYAN AYER LIMAU DIBERI NAFAS BAHARU
AYER LIMAU 28 September - Empat jeti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau diperkasa secara berperingkat menerusi pelbagai projek...
JENAZAH TUN DR SITI HASMAH SELAMAT DISEMADIKAN DI PUSARA NEGARA PRESINT 20
PUTRAJAYA, 28 Sept - Suasana hening menyelubungi Pusara Negara di Presint 20 di sini, ketika jenazah Allahyarham Tun Dr Siti...
MAIM LANTIK 54 PEMBIMBING, PENDAMPING MUALAF
ALOR GAJAH 28 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melantik seramai 54 ahli terdiri daripada 20 Skuad Sukarelawan Balai...
RIBUAN JEMAAH TUNAI SOLAT JENAZAH TUN DR SITI HASMAH
KUALA LUMPUR, 28 Sept - Ribuan jemaah memenuhi Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah di sini petang ini, bagi menunaikan...
DEMI RAKYAT, IMRAN REDAH HUJAN BERBAJU RAYA JAGA PINTU AIR
BANDA HILIR 28 September - Sambutan Aidilfitri bersama keluarga terpaksa diketepikan apabila pesara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka, Imran...
DRVM: MESIN PINTAR MBMB UBAH BAHAN BUANGAN JADI SUMBER PENDAPATAN
AYER KEROH 28 September - Bahan buangan yang selama ini dianggap tidak bernilai kini boleh ditukar kepada sumber pendapatan sampingan...
