Bantuan Aidiladha Melaka meningkat RM1 juta

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

AYER KEROH 9 Julai – Bantuan kewangan sempena perayaan Aidiladha kepada golongan asnaf dan fakir miskin di Melaka meningkat kepada RM1 juta tahun ini.

EXCO Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur, dan Pengurusan Banjir negeri, Datuk Rahmad Marimad berkata, kira-kira RM3 juta diperuntukkan kepada seramai 10, 060 penerima sumbangan tersebut pada tahun ini.

Jumlah itu, menurutnya, meningkat berbanding kira-kira RM2 juta pada tahun 2021 manakala 9,420 orang penerima.

“Manakala jumlah penerima sumbangan di kawasan Parlimen Hang Tuah Jaya sahaja seramai 1,133 orang.

“Ia terdiri 379 orang di kawasan DUN Bukit Katil, Pengkalan Batu (300 orang); Ayer Molek (282 orang) dan Ayer Keroh seramai 172 orang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas menyempurnakan majlis penyampaian sumbangan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) kepada 200 golongan asnaf.

RAHMAD bergambar bersama penerima bantuan Aidiladha MAIM di Masjid Tun Syed Ahmad Al Haj Bukit Beruang.

Menurut Rahmad, golongan miskin paling ramai menerima bantuan sumbangan Aidiladha MAIM iaitu 7,856 orang melibatkan peruntukkan RM2.3 juta, diikuti mualaf seramai 2,000 orang (RM600,000) dan golongan fakir seramai 204 orang iaitu RM81,600.

Ujarnya, peningkatan peruntukkan bantuan Aidiladha pada tahun ini disebabkan bertambahnya jumlah penerima yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

“Ramai yang hilang pekerjaan dan punca pendapatan dan menjadikan mereka tergolong dalam kumpulan asnaf sekali gus layak mendapat bantuan MAIM.

“Selain ramai yang terkesan disebabkan pandemik, bantuan bulanan kepada penerima juga sudah bertambah sesuai dengan keadaan harga barang ketika ini,” katanya.

Ujar beliau, di bawah peruntukkan bantuan Aidiladha, golongan fakir menerima RM400, miskin dan mualaf, masing-masing RM300.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2320
Kongsi :
Previous post Tiada usul undi tidak percaya, 20 ADUN Melaka berdiri teguh belakang KM
Next post Flying Lizards, Tigers and Moyang: Aslian Tales
Ubah saiz-+=