
Banyaknya bela pelanduk!
LANGKAWI 13 Feb. – Padah memiliki sembilan ekor pelanduk (Tragulus javanicus) tanpa permit, seorang wanita ditahan di rumahnya di Ulu Melaka, pagi tadi.
Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Langkawi Deputi Superintendan Rohizan Mohamad Saaid berkata, wanita berusia 46 tahun itu ditahan oleh anggotanya dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Daerah Langkawi, 11 pagi tadi.
“Hasil serbuan Op Bersepadu Khazanah, wanita tersebut dikesan membela sembilan ekor pelanduk tanpa surat kebenaran daripada Jabatan Perhilitan.
“Pasukan operasi telah merampas kesemua pelanduk berkenaan dan dibawa ke Pejabat Perhilitan Daerah Langkawi untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Rohizan berkata rampasan dianggarkan bernilai RM1,500.
“Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 60(1)(a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
(KEMASKINI) RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA 2026
BERIKUT disertakan senarai Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Melaka bagi tahun 2026. Ketetapan tarikh, masa dan lokasi bagaimanapun tertakluk kepada perubahan:...
MELAKA ANJUR 17 JUALAN MADANI KOPERASI TAHUN INI
AYER KEROH 24 Mac - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Melaka akan menganjurkan 17 siri program Jualan MADANI Koperasi (JMK)...
PURATA SUHU MELAKA CECAH 35 DARJAH CELCIUS, RAKYAT DINASIHAT HAD AKTIVITI LUAR
AYER KEROH 24 Mac – Purata suhu mencecah 35 darjah Celsius di Melaka disifatkan sebagai membimbangkan dan berada pada tahap...
MELAKA SIASAT HANTARAN TULAR PROMOSI LGBT SEMPENA AIDILFITRI
MELAKA, 24 Mac - Kerajaan negeri akan menjalankan siasatan segera berhubung satu hantaran tular di media sosial yang didakwa mempromosikan...
MANTAN MUFTI MELAKA MENINGGAL DUNIA
MELAKA, 24 Mac - Mantan Mufti Melaka, Datuk Rashid Redza Md Salleh meninggal dunia pada usia 76 tahun di kediamannya...
3 HARI TIDAK KELUAR, LELAKI DITEMUI MENINGGAL DUNIA DALAM RUMAH
PAYA RUMPUT 24 Mac - Tiga hari kelibatnya tidak dilihat jiran membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki di sebuah rumah...
