
Bas terbakar, 44 pelajar kolej matrikulasi Kedah selamat
GERIK, 10 September – Seramai 44 pelajar Kolej Matrikulasi Kedah (KMK), Changlun, Kedah terselamat apabila bas persiaran yang dinaiki terbakar di Kilometer 39.5 Jalan Raya Timur Barat dekat Tasik Banding di sini hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata sebuah jentera dengan pegawai dan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.05 petang.
“Setibanya anggota di lokasi kejadian mendapati api sudah marak dan memusnahkan 80 peratus daripada bas persiaran itu.
“Bagaimanapun, semua penumpang termasuk pemandu bas tidak mengalami sebarang kecederaan apabila berjaya keluar sendiri dari kenderaan itu dan berada di jarak yang selamat sebelum api marak,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya api berjaya dipadamkan dan operasi ditamatkan pada 3.48 petang.
Dalam kejadian itu, bas terbabit dipercayai dalam perjalanan dari Kelantan menghala ke KMK untuk menghantar pelajar pulang.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
4 JETI NELAYAN AYER LIMAU DIBERI NAFAS BAHARU
AYER LIMAU 28 September - Empat jeti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau diperkasa secara berperingkat menerusi pelbagai projek...
JENAZAH TUN DR SITI HASMAH SELAMAT DISEMADIKAN DI PUSARA NEGARA PRESINT 20
PUTRAJAYA, 28 Sept - Suasana hening menyelubungi Pusara Negara di Presint 20 di sini, ketika jenazah Allahyarham Tun Dr Siti...
MAIM LANTIK 54 PEMBIMBING, PENDAMPING MUALAF
ALOR GAJAH 28 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melantik seramai 54 ahli terdiri daripada 20 Skuad Sukarelawan Balai...
RIBUAN JEMAAH TUNAI SOLAT JENAZAH TUN DR SITI HASMAH
KUALA LUMPUR, 28 Sept - Ribuan jemaah memenuhi Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah di sini petang ini, bagi menunaikan...
DEMI RAKYAT, IMRAN REDAH HUJAN BERBAJU RAYA JAGA PINTU AIR
BANDA HILIR 28 September - Sambutan Aidilfitri bersama keluarga terpaksa diketepikan apabila pesara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka, Imran...
DRVM: MESIN PINTAR MBMB UBAH BAHAN BUANGAN JADI SUMBER PENDAPATAN
AYER KEROH 28 September - Bahan buangan yang selama ini dianggap tidak bernilai kini boleh ditukar kepada sumber pendapatan sampingan...


