Battle Of The Bands Tentera Darat meriahkan Melaka Agrofest 2023

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 15 Jun – Sebanyak 19 kumpulan kugiran Tentera Darat Malaysia (TDM) akan berentap di pertandingan ‘Battle Of The Bands’ bersempena penganjuran Melaka Agrofest 2023 di Dataran Sejarah Ayer Keroh, 23 hingga 25 Jun ini.

Timbalan Panglima 10 Brigade (Para) Kolonel Khairul Anwar Soib berkata, pertandingan itu adalah kali kedua dianjurkan pihaknya dan ia membabitkan penyertaan dari seluruh kem.

“Selepas penganjuran kali pertama di Port Dickson, Melaka menjadi lokasi kedua dan pada malam kemuncak 24 Jun nanti sebanyak lapan kumpulan akan bertanding di peringkat akhir.

“Pertandingan ini berkonsepkan patriotik dan parodi yang mana acara ini juga adalah satu daripada hasrat TDM dalam kesiapsiagaaan pasukan selain mencari bakat baharu dalam bidang muzik,” katanya.

Beliau ditemui selepas sidang media penganjuran Melaka Agrofest 2023 yang turut dihadiri Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Dr. Muhamad Akmal Saleh, semalam.

Khairul Anwar berkata, pertandingan Battle Of The Bands juga adalah bersempena Sambutan Hari Tentera Darat 2023 Ke-90 yang akan disambut tidak lama lagi.

“Pada pertandingan itu nanti setiap kumpulan akan mempamerkan gaya dan kreativiti tersendiri yang menunjukkan semangat cintakan negara.

“Hasrat kita juga adalah untuk mengadakan acara ini setiap tahun yang mana selain pertunjukan bakat muzik, kami turut mengadakan pameran aset selain dapat memperkasa hubungan antara warga tentera dan orang awam,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2080
Kongsi :
Previous post Melaka kekal laksana tempoh percubaan Zon Bebas Kenderaan, Julai ini
Next post Melaka mohon RM13.93b, laksana 330 projek pembangunan negeri – KM
Ubah saiz-+=