
Bawa senjata ketika solat Aidiladha, warga asing ditahan
JOHOR BAHRU, 10 Julai – Polis menahan seorang lelaki warga asing kerana memiliki senjata berbahaya ketika mengadakan kawalan keselamatan sewaktu solat sunat Aidiladha di Masjid Sultan Abu Bakar di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata warga asing berusia 57 tahun itu ditahan pada pukul 8.45 pagi selepas didapati memiliki sebilah pisau bersarung berukuran lebih kurang 33 sentimeter termasuk hulu yang terselit di tali pinggangnya.
“Hasil siasatan polis mendapati senjata yang dirampas itu merupakan salah satu hiasan pemakaian perayaan di negara individu itu, namun dari segi undang-undang di Malaysia merupakan satu kesalahan di bawah Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Raub berkata kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1) akta tersebut yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun dan sebat. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA BAKAL UMUM ‘MANIS-MANIS’ UNTUK PESAWAH
MERLIMAU 5 April - Kerajaan Negeri dijangka mengumumkan insentif khas kepada pesawah bagi mengurangkan beban kos operasi yang meningkat susulan...
WRUR ASAHAN: ORANG ASLI NIKMATI ‘PAYUNG’ MELAKA SAYANG RAKYAT
ASAHAN 5 April – Inisiatif Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) diterjemahkan melalui program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) di Dewan Undangan...
RAKYAT SAYANG TELOK MAS, 15,000 BERAYA DALAM SUASANA MERIAH
TELOK MAS 5 April – Kira-kira 15,000 pengunjung membanjiri Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat DUN Telok Mas, sekali gus...
DATARAN ORANG KAMPUNG DIBANJIRI ‘LAUTAN MANUSIA’
MERLIMAU 5 April - Memasuki tahun keempat penganjuran, Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau terus...
NABILA RAZALI GAMATKAN RAYA DI TELOK MAS
TELOK MAS 4 April – Persembahan penyanyi popular Nabila Razali menjadi penyeri Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat Dewan Undangan...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI TANJUNG BIDARA BAKAL BAWA KEJUTAN
ASAHAN 4 April - Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara pada 12 April depan...
