
Bawa senjata ketika solat Aidiladha, warga asing ditahan
JOHOR BAHRU, 10 Julai – Polis menahan seorang lelaki warga asing kerana memiliki senjata berbahaya ketika mengadakan kawalan keselamatan sewaktu solat sunat Aidiladha di Masjid Sultan Abu Bakar di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata warga asing berusia 57 tahun itu ditahan pada pukul 8.45 pagi selepas didapati memiliki sebilah pisau bersarung berukuran lebih kurang 33 sentimeter termasuk hulu yang terselit di tali pinggangnya.
“Hasil siasatan polis mendapati senjata yang dirampas itu merupakan salah satu hiasan pemakaian perayaan di negara individu itu, namun dari segi undang-undang di Malaysia merupakan satu kesalahan di bawah Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Raub berkata kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1) akta tersebut yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun dan sebat. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DUN PAYA RUMPUT REKOD PENYELESAIAN TERTINGGI ISU PERUMAHAN RAKYAT
PAYA RUMPUT 31 Julai - Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput merekodkan antara kawasan penyelesaian tertinggi bagi isu perumahan rakyat...
MELAKA PERUNTUK RM850,000 PERKASA GOLONGAN OKU
DUYONG 31 Julai – Sebanyak RM850,000 diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri menerusi Inisiatif Pemberdayaan Golongan Sasar bagi memperkasa komuniti orang kurang...
MELAKA TAMBAH DUA LAGI PUSAT TERAPI OKU, OPERASI BERMULA SEPTEMBER
DUYONG 31 Julai – Kerajaan Negeri memperluaskan akses perkhidmatan terapi kepada golongan orang kurang upaya (OKU) menerusi pembukaan dua pusat...
SUKAN OKU JADI GELANGGANG CUNGKIL BAKAT ATLET ISTIMEWA
DUYONG 31 Julai – Stadium Tun Fatimah Bukit Serindit, menjadi saksi semangat lebih 800 murid pendidikan khas, pelatih Pemulihan Dalam...
A’FAMOSA SAFARI WONDERLAND-ZPOT KONGSI KEPAKARAN DEMI KELESTARIAN HIDUPAN LIAR
ALOR GAJAH 31 Julai - A’Famosa Safari Wonderland dan Zoological Park Organization of Thailand (ZPOT) memeterai memorandum persefahaman (MoU) sebagai...
IMPIAN ANAK B40 BERGELAR JURUTERBANG BUKAN LAGI ‘ANGAN-ANGAN’
KESIDANG 31 Julai - Impian anak muda kelahiran Telok Mas untuk bergelar juruterbang bakal tercapai apabila terpilih sebagai antara 20...
