
Kanak-kanak ditemukan lemas dalam parit, bayi 18 bulan masih hilang
KOTA KINABALU, 10 Julai – Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang dilaporkan hilang di Kampung Kuridak Gadong, Beaufort semalam ditemukan meninggal dunia dipercayai lemas dalam parit di kawasan kampung itu pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Beaufort DSP Yusoff Zaki berkata mayat Muhammad Qays Izhar Abd Halim ditemukan penduduk kampung dan pasukan operasi mencari dan menyelamat pada 10.30 pagi, kira-kira 70 meter dari tempat mangsa dilaporkan hilang.
“Kita menerima laporan kehilangan kanak-kanak berkenaan pukul 10.30 pagi semalam dan sejurus selepas itu operasi mencari dan menyelamat membabitkan polis, bomba dan penduduk kampung dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Yusoff berkata mayat kanak-kanak itu telah dihantar ke unit forensik Hospital Beaufort untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, beliau berkata usaha masih dilakukan untuk mencari seorang kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan yang dilaporkan hilang di Kampung Batu 66, Beaufort semalam.
“Mangsa dikhuatiri jatuh di sungai atau hilang di hutan selepas keluar dari rumah. Usaha pencarian sedang giat dijalankan oleh pasukan polis dan bomba dengan bantuan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9),” katanya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
GELOMBANG BIRU MEMUNCAK, BN-PN YAKIN RAIH KELEBIHAN DI MELAKA
TANJUNG BIDARA 11 November – Gelombang sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) di Melaka dilihat semakin mengukuh menjelang hari pengundian Pilihan...
MSPO BUKTI SAWIT MALAYSIA MAMPAN, TANGKIS DAKWAAN NEGATIF INDUSTRI
AYER MOLEK 11 November - Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) menjadi instrumen penting dalam mempertahankan kredibiliti industri sawit negara...
PRN MELAKA: DARI SEJARAH KE MASA DEPAN, AB RAUF SASAR MELAKA JADI HAB PELABUHAN
TANJUNG BIDARA 11 November - Melaka berpotensi mengembalikan kegemilangannya sebagai hab pelabuhan penting negara menerusi pembangunan sektor maritim, berasaskan kedudukan...
PRN MELAKA: JENTERA BERKAMPUNG BANTU MENANGKAN 4 CALON WANITA BN
AYER MOLEK 11 November - Jentera wanita Barisan Nasional (BN) dari seluruh negara termasuk Sabah kini berkampung di Melaka bagi...
PRN MELAKA: WARISAN 600 TAHUN MELAKA DI BELANDA, AB RAUF USAHA BAWA PULANG
TANJUNG BIDARA 11 November - Khazanah sejarah Melaka yang dipercayai berusia lebih 600 tahun tersimpan di Belanda bakal diteliti menerusi...
PELABURAN BUKA PELUANG PEKERJAAN UNTUK RAKYAT MELAKA
AYER LIMAU 11 November - Kemasukan pelaburan ke Melaka bukan sekadar merancakkan pembangunan ekonomi negeri, malah berupaya membuka lebih banyak...


