
Hujan lebat, ribut petir diramal di Semenanjung, Sabah dan Sarawak
KUALA LUMPUR, 10 Julai – Satu sistem cuaca tekanan rendah di barat Filipina dijangka bergerak menuju ke timur Vietnam dalam tempoh 10 hingga 13 Julai yang berpotensi membawa angin baratan yang kuat dan boleh menyebabkan kejadian garis badai.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan keadaan itu boleh mengakibatkan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang di utara Sarawak (Bintulu, Miri dan Limbang), barat Sabah dan Labuan hingga 12 Julai dan negeri-negeri utara Semenanjung mulai esok (11 Julai) hingga 13 Julai.
Menurut kenyataan itu, sistem cuaca tekanan rendah berkenaan dikesan berdasarkan analisis model Model Penyelidikan dan Ramalan Cuaca MetMalaysia (MET-WRF), Pusat Ramalan Cuaca Julat-Sederhana Eropah (ECMRWF) dan Sistem Ramalan Global (GFS).
“Amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori kedua dan ketiga) juga telah dikeluarkan di Laut China Selatan, Phuket dan Selat Melaka Utara berkuat kuasa hingga 15 Julai,” menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, MetMalaysia menasihatkan orang awam supaya sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial agensi itu serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. — BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘KAMI MAHU BERUBAH, ENGGAN HIDUP TERASING’
MACHAP JAYA 13 Mei - Masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli (KOA) Machap Jaya tidak mahu terus dilihat terasing,...
50 PROGRAM WARNAI WRUR KOTA LAKSAMANA
BANDARAYA MELAKA 14 Mei - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana tampil dengan pendekatan...
HARGA RUMAH MELAKA KEKAL TERENDAH DI MALAYSIA
AYER KEROH 14 Mei - Harga kediaman bagi pasaran Melaka kekal terendah di Malaysia berdasarkan data dikeluarkan Pusat Maklumat Harta...
HAJI HASSIM ‘BAPA PERPADUAN’ MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 14 Mei - Peranannya menyatukan masyarakat berbilang kaum menjadikan Hassim Dollah antara figura penting dalam memperkukuh keharmonian khususnya...
MURAL HARMONI IDENTITI BAHARU TAMAN SERI DUYONG
DUYONG 14 Mei - Mural bertemakan keharmonian masyarakat akan menambahkan lagi keceriaan dan menjadi simbol identiti baharu komuniti setempat di...
JURURAWAT NADI SISTEM KESIHATAN NEGARA
LENDU 14 Mei - Jururawat atau 'kakak misi' menjadi tulang belakang dan nadi yang menggerakkan sistem kesihatan negara termasuk di...
