
BAYI DIPERCAYAI LEMAS DALAM SELIMUT, TIADA UNSUR JENAYAH DITEMUKAN
MELAKA 10 Disember – Siasatan awal polis mendapati tiada unsur penderaan berlaku ke atas bayi lelaki berusia enam bulan yang ditemui meninggal dunia dengan mukanya dilitupi selimut di rumah pengasuhnya di Merlimau, Jasin semalam
Ketua Polis Daerah Jasin DSP Ahmad Jamil Radzi ketika dihubungi berkata pemeriksaan fizikal ke atas mayat bayi tersebut tidak menunjukkan sebarang unsur perbuatan jenayah.
“Kita masih lagi menunggu laporan makmal hasil bedah siasat yang dijalankan manakala sebarang permohonan reman (ke atas pengasuh) pula bergantung kepada hasil laporan bedah siasat dan kimia,” katanya.
Bernama pada semalam melaporkan bayi berkenaan Harraz Noah Nazrul Nizam disedari oleh pengasuhnya dalam keadaan terlentang tidak sedarkan diri dengan sehelai selimut menutupi muka, dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi.
Bayi tunggal kepada pasangan Nazrul Nizam Mohd Tahar, 29, dan Ainol Izzah Raslan, 25, itu sebelum kejadian, diberikan susu dan disendawakan oleh pengasuhnya dan kemudiannya ditidurkan di atas tilam.
Pangasuhnya kemudian menghubungi Ainol Izzah lalu membawanya ke Klinik Kesihatan Merlimau sebelum dirujuk ke Hospital Melaka dan dimaklumkan doktor mangsa sudah meninggal dunia. -BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TOK RAUF HARGAI PENGORBANAN WARGA PDRM
MACHAP JAYA 23 Ogos - Siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat bukan sahaja menyantuni orang awam, sebaliknya turut melibatkan anggota...
PENANTIAN 15 TAHUN GENERASI KEDUA FELCRA BUKIT SEDANAN BERAKHIR
ASAHAN 23 Ogos - Penantian selama 15 tahun bagi 106 keluarga generasi kedua Felcra Bukit Sedanan untuk mendapatkan hak milik...
WIFI PERCUMA DI SEMUA KAMPUG ORANG ASLI
MACHAP JAYA 23 Ogos - Semua perkampungan masyarakat Orang Asli di negeri ini bakal menerima kemudahan WiFi percuma selaras usaha...
TOK RAUF AGIH KUIH DARI MEJA KE MEJA, SANTUNI MASYARAKAT CINA MACHAP BARU
MACHAP JAYA 23 Ogos - Gelagat Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang mengagihkan kuih dari meja ke...
PEMBANGUNAN DUN MACHAP JAYA FOKUS KEPADA KESELESAAN RAKYAT
MACHAP JAYA 23 Ogos - Pembangunan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya terus diperkasa menerusi pelaksanaan pelbagai projek infrastruktur,...
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT, TAK TUNGGU RAKYAT CARI YB
MACHAP JAYA 23 Ogos - Atas dasar memikul amanah dan kepercayaan diberikan pada pilihan raya yang lalu, Ketua Menteri Datuk...
