Bazar Jalan Hang Tuah lebih gah daripada Jalan TAR

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

AYER KEROH 5 Mac – Penganjuran Bazar Ramadan Mega Negeri Melaka 2024 bakal menjadi antara satu tarikan pelancongan sepanjang Mac sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata, bazar mega itu akan diadakan di Jalan Hang Tuah yang mana ia bakal dikelolakan oleh sebuah badan pengurusan yang dipertanggungjawabkan.

Menurut beliau, bagi menggamit pengunjung dan pelancong, Kerajaan Negeri menerusi Bahagian Promosi Pelancongan akan mempergiatkan kempen promosi bazar mega berkenaan dalam menarik kehadiran pengunjung dan pelancong untuk berbelanja di Negeri Melaka.

“Kebiasaannya orang ramai lebih tertumpu kepada penganjuran bazar Ramadan di Kuala Lumpur iaitu Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), tapi kali ini kita yakin sempena TMM2024, kempen promosi bazar mega yang kita anjurkan akan diperhebat.

“Kita harapkan penganjuran bazar mega kita bukan setanding Jalan TAR, bahkan kita mahu ia lebih gah dan hebat daripada itu dan ini yang akan kita usahakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Bapa Angkat (YB), Jabatan Angkat dan Anak Angkat (Sukan) Sempena Sukan Malaysia (SUKMA) XXI, Sarawak 2024 yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Auditorium Seri Negeri, di sini, semalam.

Pada majlis itu, Abdul Razak dipilih sebagai bapa angkat bagi sukan kriket dan berbasikal bersama jabatan angkat yang dipertanggungjawabkan iaitu Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) dan Menara Taming Sari.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

518
Kongsi :
Previous post Pastikan seluruh Melaka bersih dan indah
Next post Universiti perlu konsisten laksana kajian, penyelidikan TVET
Ubah saiz-+=