Bekalan telur Melaka cukup, jangan panik

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

PENGKALAN BATU 5 Feb – “Berkenaan isu bekalan telur ayam, kita peniaga barangan runcit memang tiada masalah.. semua bekalan telur ayam kita dapat dan tiada isu pun.

Itu antara penjelasan peniaga kedai runcit di Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengenai bekalan telur ayam yang didakwa tidak mencukupi.

Mohd Nazri Mohd Noor, 43 berkata, dia tidak faham orang ramai terlalu panik sehingga mendakwa telur ayam tiada stok.

“Oang panik telur ayam tiada sedangkan telur tu setiap hari kita dapat dari pembekal.

“Cuma raya Cina baru-baru ini mungkin pembekal ada masalah bekalan disebabkan ramai pekerja mereka cuti, tapi sekarang semua dah okay,” katanya.

MOHD Nazri

Seorang lagi peniaga Awa Sait,54, turut meluahkan nada sama dan tidak menghadapi sebarang masalah bekalan telur ayam.

“Bekalan telur mencukupi, saya ambil setiap minggu tak banyak lima hingga 10 papan saja. Setakat ini saya jual telur gred C tiada masalah pun.

“Harga pun kita tak boleh naikkan sebab memang harga kawalan yang dah ditetapkan sehingga Jun depan,” katanya.

AWA menyusun telur ayam gred C yang dijual.

Bagi Rosni Abd Rahman, 52, pula memilih untuk menjual telur ayam gred AA bagi mengelakkan saingan antara peniaga lain.

“Bekalan telur AA ni senang kata tiada persaingan lah di sini, bila dah banyak sangat telur sama saiz (gred C) mungkin lambat dapat bekalan, jadi saya ambil risiko pilih telur ayam gred AA.

“Biasanya setiap hari saya ambil enam papan telur, tak nak simpan lama nanti telur tak segar. Kita jaga kualiti telur.

“Saya sudah berniaga dah lapan tahun, saya memang jual telur gred AA. Harga ada naik sikit tapi dalam RM0.03 sen saja,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

948
Kongsi :
Previous post Beri kelonggaran Pas Johor untuk pilih PN atau MN
Next post Perhilitan Perak siasat dakwaan harimau belang berkeliaran di Jalan Simpang Pulai – Cameron Highlands
Ubah saiz-+=