Beri kelonggaran Pas Johor untuk pilih PN atau MN

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

MELAKA 5 Feb – PAS Pusat perlu memberi ruang kepada PAS Johor untuk membuat pilihan sama ada mahu bersama Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN) atau memilih UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Bekas Pesuruhjaya PAS Melaka, Datuk Kamaruddin Sidek berkata, ia berikutan PAS Johor lebih mengetahui parti mana yang dilihat memberi kelebihan untuk berada dalam kerajaan selepas PRN Johor nanti.

Justeru katanya, PAS Johor perlu membuat keputusan mengenai pendirian mereka bagi menghadapi pilihan raya itu meskipun PAS Pusat mempunyai pendirian sendiri.

“Di Johor, PAS hanya menang satu kerusi pada PRU-14 (Pilihan Raya Umum ke-14) namun begitu jika kita buat keputusan yang tidak menguntungkan, bukan setakat satu kerusi tidak dapat dipertahankan malah tidak mustahil tewas semua (kerusi) ditandingi.

“Sudah tentu ahli akar umbi tidak mahu nasib (PAS) di Johor sama seperti di Melaka, kita mesti nak tambah daripada sekadar menang satu kerusi.

“Sekurang-kurang menang antara empat atau lima setidak-tidaknya,” katanya.

Mengulas lanjut Kamaruddin berkata, bagi memastikan perkara itu, pucuk pimpinan tertinggi PAS perlu mengkaji semula analisis daripada PAS Johor sama ada bergabung dengan PN atau bersama MN memberi kelebihan kepada parti itu.

Jelasnya, sekiranya PAS Johor bersama MN lebih menguntungkan, perkara itu perlu dipertimbangkan oleh PAS Pusat.

“Rundingan masih boleh diteruskan sebelum penamaan calon. Apa sahaja boleh berubah dan saya harapkan sesuatu dapat dicapai bagi menyelamatkan parti asalkan jangan kita rugi dalam PRN Johor nanti,” ujarnya.

Pada 29 Januari lalu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Bersatu dan PAS akan bertanding di bawah PN dalam PRN Johor.

Muhyiddin diaporkan berkata, kedua-dua parti itu akan bertanding menggunakan logo PN sebagaimana dipersetujui dalam muzakarah antara Bersatu dan PAS.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1122
Kongsi :
Previous post KPPK terus pastikan kepentingan minyak sawit terpelihara, bantu pekebun kecil
Next post Bekalan telur Melaka cukup, jangan panik
Ubah saiz-+=