
Bekas Yang Dipertua Dewan Negara Abang Ahmad Urai meninggal dunia
KUCHING, 12 Jun – Bekas Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abang Ahmad Urai Datu Abang Mohideen meninggal dunia di Pusat Perubatan Normah Sarawak di Petra Jaya di sini, kira-kira 12.30 tengah malam tadi.
Berita kematian tersebut disahkan pembantu peribadi Allahyarham ketika dihubungi Bernama hari ini.
“Tan Sri (Abang Ahmad Urai) telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Normah selepas rebah ketika menghadiri satu acara di sebuah hotel (di Kuching). Beliau meninggal dunia pada 12.30 tengah malam tadi.
“Jenazah Allahyarham akan dibawa ke kediamannya di Jalan Muda Hashim pagi ini,” katanya.
Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Umat Islam Masjid Bahagian di sini, selepas Zohor.
Abang Ahmad Urai, 89, merupakan Yang Dipertua Dewan Negara dari 1988 hingga 1990.
Allahyarham juga pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PPSPM CAPAI 89 PERATUS SASARAN PENGUNJUNG SUKU PERTAMA 2026
DUYONG 14 Mac – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) mencapai 89 peratus sasaran pengunjung yang ditetapkan bagi tempoh...
PRN MELAKA PADA TAHUN INI – AB RAUF
BANDARAYA MELAKA 14 Mac - Pilihanraya Negeri Melaka akan diadakan pada tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA PADA 28 MAC DITERUSKAN
BANDARAYA MELAKA 14 Mac - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Melaka pada 28 Mac akan diteruskan seperti dirancang, kata...
‘SAYA BEKERJA DARI HATI’ – AB RAUF KONGSI RAHSIA TIGA TAHUN PACU KEJAYAAN MELAKA
BANDARAYA MELAKA 14 Mac - Tanggal 31 Mac 2026 genap tiga tahun Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mentadbir Melaka...
MEDIA IBARAT ‘TEMBOK’ DI SEBALIK KEJAYAAN MELAKA
BANDARAYA MELAKA 14 Mac - Di sebalik pelbagai kejayaan dikecap Melaka sepanjang tiga tahun ini, berdirinya sosok pengamal-pengamal media yang...
PERAHU NAGA ‘GERGASI’ BAKAL PUKAU ORANG MELAKA
SERI NEGERI 13 Mac - Perahu naga terbesar sepanjang kira-kira 30.50 meter dari Shuang Rao, China bakal dipamerkan di Melaka...
