
Bekas Yang Dipertua Dewan Negara Abang Ahmad Urai meninggal dunia
KUCHING, 12 Jun – Bekas Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abang Ahmad Urai Datu Abang Mohideen meninggal dunia di Pusat Perubatan Normah Sarawak di Petra Jaya di sini, kira-kira 12.30 tengah malam tadi.
Berita kematian tersebut disahkan pembantu peribadi Allahyarham ketika dihubungi Bernama hari ini.
“Tan Sri (Abang Ahmad Urai) telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Normah selepas rebah ketika menghadiri satu acara di sebuah hotel (di Kuching). Beliau meninggal dunia pada 12.30 tengah malam tadi.
“Jenazah Allahyarham akan dibawa ke kediamannya di Jalan Muda Hashim pagi ini,” katanya.
Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Umat Islam Masjid Bahagian di sini, selepas Zohor.
Abang Ahmad Urai, 89, merupakan Yang Dipertua Dewan Negara dari 1988 hingga 1990.
Allahyarham juga pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
REZEKI BAKAL CAHAYA MATA PERTAMA, KAKITANGAN SAMB MENANG PROTON SAGA
AYER KEROH 29 Julai - Pemenang hadiah cabutan bertuah utama Majlis Hari Keluarga Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) 2026 menganggap...
KAMPUNG KEMBOJA MELAKA POPULARKAN ‘TONGMO’
PAYA RUMPUT 29 Julai - Siapa sangka di sebalik populariti 'tongmo', makanan tradisi masyarakat Kemboja di negara ini, ia sebenarnya...
PERZIM, ARKIB NEGARA JALIN KERJASAMA STRATEGIK PELIHARA KHAZANAH SEJARAH MELAKA
BANDA HILIR 29 Julai - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperluas kerjasama strategik bersama Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka dalam bidang...
MELAKA SATU-SATUNYA NEGERI BEKAL PLASMA UNTUK NEGARA
AYER KEROH 29 Julai - Melaka terus mengukuhkan reputasinya dalam bidang perubatan transfusi apabila menjadi satu-satunya negeri di Malaysia, selain...
TIANG FIBER GUNA SAMA PEMANGKIN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DIGITAL
TABOH NANING 29 Julai - Inisiatif Tiang Fiber Guna Sama dilancarkan Kerajaan Negeri menerusi Koridor Utiliti Melaka Sdn Bhd (KUM)...
HARIMAU MALAYA ‘BELAYAR’ DI SUNGAI MELAKA, SEBAR MESEJ KONSERVASI
BANDA HILIR 29 Julai - Pelancaran bot bertemakan Harimau Malaya di Melaka River Cruise bukan sekadar menambah tarikan pelancongan baharu,...
