Bekerjasama dalam mewajah Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

BANDARAYA MELAKA 4 Mac – Setiap anggota dalam agensi dan jabatan Kerajaan Negeri perlu bekerjasama dalam satu pasukan bagi memastikan hala tuju setiap syarikat membawa kepada limpahan rezeki .

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, setiap sesuatu pekerjaan itu memerlukan keikhlasan kerana ia merupakan punca rezeki yang diperolehi.

“Dalam suasana mahu mewajah Negeri Melaka, pelbagai perkara saya laksanakan, sebelum kita nak mengatur kerja niat kita mesti baik baharu lah hasil kerja itu lebih baik.

“Sudah pasti setiap perubahan kepimpinan akan berlaku perubahan, ini termasuklah bagaimana untuk menguruskan tata kelola anak-anak syarikat supaya lebih efisien dan baik.

“Bekerja bersama untuk kita membina dan memajukan Melaka, saya amat teruja melihat kesetiaan tuan puan (kakitangan SAMB) dalam melestarikan semula syarikat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan & Apresiasi Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) di Wisma SAMB di sini, hari ini.

Hadir sama, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Salhah Salleh; Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Abdul Aziz Engan; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer; Timbalan Pengerusi SAMB, Datuk Wira Ab Wahab Ab Latip dan Ketua Pegawai Eksekutif SAMB, Ir. Norisham Abd Talib.

Mengulas lanjut, Ab Rauf turut meminta supaya kakitangan SAMB sentiasa memberi masa tindak balas yang tepat kepada pelanggan.

“Jadi terus lah bekerjasama sebagai satu pasukan untuk menunjukkan bahawa SAMB akan menjadi sebuah syarikat yang amat dibanggakan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

545
Kongsi :
Previous post Tiada kelas akademik minggu pertama sesi persekolahan 2024/2025
Next post FAM henti sementara program naturalisasi di peringkat kebangsaan
Ubah saiz-+=