Belia Melaka dipelawa sertai sukarelawan MyVac

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 1 April – Kerajaan negeri menyeru belia di negeri ini menyertai Program Sukarelawan Sokongan Vaksin Malaysia (MyVac) untuk ditugaskan bagi membantu golongan barisan hadapan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa NGO, Pembangunan Belia dan Sukan, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, seramai 290 sukarelawan belia diperlukan di Melaka bagi ditempatkan di 29 lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di tiga daerah di Melaka.

“Kita mengalu-alukan penyertaan misi sukarelawan ini kalangan belia tempatan bagi bersama-sama menyokong dasar kerajaan dalam membasmi penularan pandemik COVID-19 yang dijalankan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

“Setakat ini 146 belia di negeri ini telah mendaftarkan diri bagi menyertai misi terbabit dan kita mengharapkan penyertaan ini mampu dipenuhi kelak.

“Kita harap mana-mana belia yang berkesempatan tampil untuk menyumbang bakti dalam misi dijalankan kerajaan kali ini sekali gus mencapai matlamat bagi membasmi wabak ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas pasca mesyuarat Jawatankuasa NGO, Pembangunan Belia dan Sukan diadakan di Seri Negeri, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Melaka, Noorman Ramlan.

Untuk makluman, individu yang berminat boleh mendaftar secara atas talian menerusi laman sesawang di www.myvac.com.my.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

547
Kongsi :
Previous post Anugerah Perdana Belia Negara buka penyertaan buat individu berjasa
Next post Beratus duit syiling lama, tembikar Zaman Kesultanan Melayu Melaka kurun ke-15 ditemui
Ubah saiz-+=