Berjalan kaki 3km kutip sampah

Masa Membaca:55 Saat

BANDA HILIR 13 Februari – Seramai 175 kakitangan Universiti Teknologi MARA (UiTM), berjalan sejauh kira-kira tiga kilometer (km) bagi mengutip sampah di kawasan persisiran Pulau Melaka, baru-baru ini.

Naib Canselor UiTM Profesor Datuk Ts Dr Roziah Mohd Janor berkata, aktiviti itu diadakan menerusi Program Jom Kudah (Kutip Sampah Sambil Riadah) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan juga Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp).

“Pada program yang berlangsung selama kira-kira sejam itu, peserta berjalan kaki sejauh tiga kilometer dan hasilnya sampah dengan anggaran berat lapan kilogram berjaya dikutip.

“Menerusi program ini ia dapat memberi kesedaran kepada masyarakat agar lebih peka terhadap isu kebersihan dan kelestarian alam sekitar,” katanya.

Menurut beliau, penganjuran program itu juga secara tidak langsung dapat menyahut seruan Kerajaan Negeri dalam memperbanyakkan lagi inisiatif ke arah menjadikan Melaka Negeri Teknologi Hijau.

“Menerusi program sebegini kita dapat membudayakan nilai memelihara dan memulihara kawasan persekitaran.

“Dalam kita mengutip sampah dan beriadah bersama-sama, ia secara tidak langsung juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim dengan banyak pihak serta memupuk semangat kerjasama,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1577
Kongsi :
Previous post 16 kawasan MPHTJ terjejas ribut – Sapiah
Next post Unit khas ditubuh pantau PSMJ2035 – KM
Ubah saiz-+=