Unit khas ditubuh pantau PSMJ2035 – KM

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

SERI NEGERI 13 Februari – Satu unit khas akan diwujudkan bagi memantau polisi Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ 2035) melibatkan semua flagships, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Beliau berkata unit khas itu diwujudkan bertujuan untuk memantau setiap perancangan dalam mencorak masa depan Negeri Melaka.

Katanya, untuk itu, Pejabat Pemantauan dan Pelaksanaan Negeri Melaka (MIMO) akan diperkasakan kerana unit berkenaan akan diletakkan di bawah pengurusan MIMO.

“Dengan adanya unit khas ini, maka segala perkembangan flagships dalam PSMJ 2035 dapat diuji dan dipantau dari segi pencapaian pelaksanaan sesuatu polisi, sama sebagaimana pemantauan pelaksanaan projek-projek yang dilakukan oleh pihak MIMO,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Bilangan 2/2023 bertemakan ‘Menerap Aspirasi Madani, Mencorak Budaya Proaktif’ di Auditorium Seri Negeri, di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari; barisan Exco Kerajaan Negeri; Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri serta ketua-ketua jabatan dan agensi.

Dalam ucapan amanatnya, Sulaiman menjelaskan enam tonggak utama Gagasan Madani iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan yang perlu menjadi pedoman ketua-ketua jabatan, agensi serta penjawat awam Negeri Melaka.

Menurutnya, selain enam tonggak yang ada dalam konsep MADANI, agenda-agenda utama yang perlu diberi perhatian ialah menumpu kepada penyelesaian masalah, memenuhi keperluan semasa negara, menyentuh pencorakan masa depan serta memenuhi potensi rakyat dan negara.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1233
Kongsi :
Previous post Berjalan kaki 3km kutip sampah
Next post Melaka Talent Corp. diwujudkan, kumpul pakar ‘think thank’
Ubah saiz-+=