Bersyukur bantuan makanan di kala ‘sempit’

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

PULAU SEBANG 7 Julai – Terharu dan sebak apabila rombongan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghulurkan bakul makanan di saat keluarganya dihimpit pendapatan tidak menentu.

Itu disuarakan pekerja kilang, M Anjeli Dewi, 44, sebaik menerima bakul makanan di rumahnya di Kampung Kuala Aina, di sini sempena Program Kembara Prihatin @ Op Bantu yang dilancarkan serentak di seluruh negara hari ini.

Anjale Devi antara 60 penerima bakul makanan di negeri ini yang memperoleh bantuan bakul makanan yang dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka serta dibantu Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) negeri hari ini.

WAKIL AMANITA turut menyampaikan sumbangan kepada Anjeli Dewi (kanan)dalam Program Kembara Prihatin @ Op Bantu di Kampung Kuala Aina, di sini hari ini.

Ibu kepada tujuh cahaya mata berusia antara tiga hingga 20 tahun itu berkata, sejak diberi cuti tanpa gaji serta pendapatan suami yang bekerja sebagai pembuat jalan tidak menentu, kehidupan keluarganya agak terjejas.

Keadaan itu katanya, mendorong dia dan keluarga berjimat-cermat dalam meneruskan kehidupan sembilan beranak.

“Saya bersyukur di saat tengah susah ini, pasukan polis dan agensi terlibat hulurkan bantuan dan bolehlah ia digunakan untuk mengisi perut anak-anak saya.

“Setakat ini kami sekeluarga sentiasa diberi bantuan dari segi makanan dan keperluan asas, jadi kami sekeluarga tidak terputus bekalan makanan,” katanya.

Bakul makanan berkenaan diserahkan oleh Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Melaka, Asisten Komisioner Mohd Hedzir Hussin bersama Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

890
Kongsi :
Previous post Polis Melaka edar 900 bakul makanan
Next post ‘Ini bukanlah satu keistimewaan’ – Ismail Sabri
Ubah saiz-+=