Bistari Melaka salur bantuan kit makanan persediaan Syawal

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

AYER KEROH 3 April – Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Melaka (BISTARI) mengagihkan sumbangan kepada 280 individu kurang kemampuan sebagai persediaan bagi menyambut lebaran akan datang.

Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Zuriyah Abd Aziz berkata, acara tahunan menerusi Program Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri diadakan kali ini dengan kerjasama Pejabat Ketua Menteri, Kumpulan Melaka Berhad dan Mamee-Double Decker Sdn Bhd.

Katanya, program tahunan itu merupakan antara program kebajikan dijalankan badan itu bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat Negeri Melaka terjamin.

“Program bantuan kali ini kita menyenaraikan 10 orang dari 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang layak menerima bantuan diadakan tahun ini.

photo_2023-04-03_12-22-02
Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Zuriyah Abd Aziz (tengah) bergambar bersama selepas menyampaikan sumbangan kepada penerima pada Majlis Penyampaian Sumbangan sempena Sambutan Hari Raya tahun 2023 anjuran Bistari Negeri Melaka di Dewan Mini Stadium BISTARI, Ayer Keroh, Melaka. Foto: MR. AZLI

“Selain kit makanan, 280 penerima terpilih ini akan menerima wang tunai bernilai RM100 dan diharapkan sumbangan ini mampu memberi mereka ruang untuk melaksanakan persiapan menjeang Aidilfitri akan datang.

“Saya amat mengharapkan bantuan berterusan daripada semua pihak termasuk agensi Kerajaan Negeri dan syarikat yang beroperasi di negeri ini agar dapat membantu dalam perlaksanaan program khidmat masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmiannya pada program yang diadakan di Dewan Bistari Ayer Keroh di sini pagi tadi.

Hadir sama, Isteri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datin Wira Siti Rohaya Kamaludin, Pengerusi Bistari Melaka, Datin Sri Rosefauziah Salleh serta tetamu lain.

Dalam program itu juga, Bistari turut menerima sumbangan RM10,000 daripada Mamee-Double Decker Sdn Bhd bagi menyokong dan membantu badan itu mengamalkan program kebajikan kepada masyarakat memerlukan di negeri ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1793
Kongsi :
Previous post Aura Syamsul Debat tarik 430 pengunjung Iftar di Hotel MITC
Next post KWSP perincikan mekanisme bagi FSA2, bermula 7 April
Ubah saiz-+=