Aura Syamsul Debat tarik 430 pengunjung Iftar di Hotel MITC

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

AYER KEROH 3 April – Bufet Ramadan Citarasa Chef Rahim 2.0 di MITC Hotel, membawakan penampilan istimewa penceramah popular, Ustaz Syamsul Debat Sabtu lalu.

Selain berbuka puasa bersama, pelanggan di hotel itu berpeluang mendengar tazkirah disampaikan oleh penceramah popular itu di Gadek Ballroom, Hotel MITC selain menunaikan solat berjemaah.

Ceramah yang bertajuk ‘Berpeluangkah Aku Ramadan Kali Ini?’ disajikan khas buat pengunjung hotel tersebut selama 45 minit sementara menunggu waktu berbuka puasa sebelum azan Maghrib berkumandang.

WhatsApp Image 2023-04-03 at 10.27.36 AM
ANTARA pengunjung Hotel MITC yang khusyuk mendengar ceramah daripada Ustaz Syamsul Debat di Ballroom Gadek hotel tersebut sementara menunggu waktu berbuka puasa

Menurut jurucakap Hotel MITC, pihaknya telah membuka slot tempahan pada awal Mac lalu untuk berbuka puasa bersama Ustaz Syamsul Debat atau nama sebenarnya Syamsul Amri Ismail.

Turut difahamkan, slot tempahan bertarikh 1 April telah habis dibeli oleh peminat penceramah terbabit dari dalam dan luar negara termasuk Singapura dan Indonesia.

Mengulas lanjut, pihak hotel memaklumkan kira-kira 430 pengunjung yang hadir pada tarikh tersebut.

Turut dimaklumkan, berikutan pihak hotel menerima reaksi positif pengunjung, pelbagai aktiviti dan acara menarik akan direncanakan pada masa akan datang untuk menarik lebih ramai pengunjung sekaligus mampu merancakkan kembali sektor ekonomi di Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2121
Kongsi :
Previous post Angkat sumpah Exco Melaka pada Rabu – KM
Next post Bistari Melaka salur bantuan kit makanan persediaan Syawal
Ubah saiz-+=