BN bangunkan sebuah IPT di DUN Lendu

Masa Membaca:1 Minit, 34 Saat

RIM 16 Nov. – Pembinaan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu akan diperjuangkan jika Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, usaha itu bagi memastikan kawasan itu terus berkembang pesat, seiring dengan hasrat membangunkan sebuah IPT di setiap DUN dalam Parlimen Masjid Tanah.

Beliau yang juga calon BN Lendu, pembinaan IPT itu juga terkandung dalam manifesto yang dipersembahkan buat rakyat di kawasan ditandingi beliau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Di Parlimen Masjid Tanah, semua DUN ada institut pengajian tinggi, Kuala Linggi ada Akademi Laut Malaysia (ALAM), Tanjung Bidara ada matrikulasi (Kolej Matrikulasi Londang), Ayer Limau ada Kolej Profesional MARA, IKBN (Institut Kemahiran Belia Negara) (manakala) di Taboh Naning ada Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) .

“Saya pejuang (kan) sejak dulu…DUN Lendu ni tak ada satu pun institut pengajian awam mahupun swasta. Kalau saya diberi mandat kali ini, saya akan terus memperjuang akan ada satu institut pengajian tinggi yang akan dibina

“Di Lendu ada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Lendu tapi ia bukan dalam DUN Lendu sebaliknya dalam (DUN) Rembia, nama saja Lendu, tapi Lendu tak ada satu pun institut pengajian tinggi.

“Jadi, kalau saya diberi nama, Insya-Allah saya akan terus pejuangkan mesti ada institut pengajian tinggi di Lendu dan kalau dah ada di situ banyak lagi peluang-peluang ekonomi yang boleh dikecapi oleh rakyat negeri itu janji saya sepertimana manifesto dalam DUN Lendu ini,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini di Rim, di sini hari ini.

Beliau berkata, pembinaan IPT itu akan membawa pulangan pembangunan pendidikan di dalam kawasan itu.

“Institut pengajian tinggi yang ada (disasarkan) pelajarnya di kawasan itu antara 3,000 hingga 4,000 orang dan kehadiran pelajar-pelajar ni akan juga memberi pulangan kepada rakyat tempatan khususnya dalam DUN Lendu,” ujarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

808
Kongsi :
Previous post 1,010 pelajar baharu Politeknik Merlimau kembali ke kampus
Next post MPHTJ turunkan sepanduk yang boleh undang kejadian tidak dingini
Ubah saiz-+=