BN dan PN tidak yakin menang, calonkan timbalan menteri dan Timbalan Speaker Dewan Negara

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

TENGKERA 13 Nov- Pengarah Pilihan Raya DAP, Khoo Poay Tiong membidas Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) tidak yakin boleh memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

Katanya, hal itu kerana terdapat calon BN yang bertanding dalam PRN memegang jawatan timbalan menteri dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, manakala seorang lagi timbalan menteri bertanding di bawah PN.

“Hari ini sudah memasuki hari keenam tempoh berkempen, BN dan PN tidak yakin mereka boleh menang, sudah pasti keputusan di tangan pengundi,  kenape saya rasa begitu?

“Kerana tiga calon tersebut dari BN dan PN bertanding ada Timbalan Menteri MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) yang juga selaku Pengerusi MCA, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) juga terdapat seorang Timbalan Speaker Dewan Negara yang bertanding.

“Semua ada jawatan, mereka ini semua bertanding dan layak untuk menjadi EXCO kerajaan negeri, kalau mereka yakin boleh menang kenape mereka tidak berani untuk letak jawatan?, sekaligus hal ini jelas menunjukkan mereka tidak yakin boleh memenangi PRN Melaka ini, “katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat DAP negeri, di Kampung Pandan, Tengkera, hari ini.

Hadir sama, penasihat DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dan Pengerusi DAP Melaka, Datuk Tey Kok Kiew

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

437
Kongsi :
Previous post Agong kurnia ‘Tun’ kepada Malanjum, Raja Muhammad Alias
Next post Kenapa perlu pertikai Timb Menteri bertanding, soal Ban Hong
Ubah saiz-+=