BN Hang Tuah Jaya siap sedia hadapi PRU15

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

BUKIT BARU 10 Oktober – Barisan Nasional (BN) Hang Tuah Jaya, sudah bersiap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali berkata, persiapan dan persediaan bagi menghadapi PRU-15 sudah lama dibuat dengan memastikan jentera berada dalam keadaan siap sedia serta boleh digerak pada bila-bila masa.

“Kita di peringkat Hang Tuah Jaya sudah bersiap sedia dan semalam saya sendiri sudah berjumpa dengan kepimpinan UMNO di seluruh sayap dan Parlimen Hang Tuah Jaya.

“Daripada segi kesediaan pada hari ini, UMNO dan BN memang sudah ‘ready’,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Ehsan dan Ziarah Kasih Ex-PDRM Hang Tuah Jaya dan Duyong, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem; Pengerusi PBLT Sdn Bhd, Tan Sri Mazlan Lazim; Pengerusi Ex-PDRM Hang Tuah Jaya, Yahya Md Shahid dan Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) Melaka, Datuk Nazari Adzim.

Beliau yang juga Ahli Dewan Negara berkata, situasi politik hari ini tidak lagi kondusif dan agak tegang bukan hanya antara kerajaan dan pembakang sebaliknya juga dalam kumpulan pembakang sendiri.

“Diperingkat kita hari ini, kepimpinan masyarakat memerlukan satu kerajaan yang stabil dan yang lebih membawa keberkesanan kepada kepimpinan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2099
Kongsi :
Previous post PM umum parlimen bubar hari ini bari beri laluan PRU-15
Next post PRU-15: DUN dibawah BN bubar serentak dengan pembubaran parlimen
Ubah saiz-+=