BN komited selesaikan isu banjir – Sulaiman

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

SERI BENDAHARA 11 Nov – “Semua perancangan (atasi banjir) telahpun ada dan seperti saya sebut sekiranya diberikan sekali lagi mandat untuk kita mentadbir dan mengurus Negeri Melaka, saya yakin kita dapat mengurangkan permasalahan banjir ini”.

Itu penjelasan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali mengenai usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam memastikan masalah banjir kilat di Melaka dapat diatasi dengan segera.

“Kita dah ada kelulusan peruntukan lebih RM900 juta, kita ambil satu masa yang agak panjang dalam satu permohonan…daripada kajian pihak konsultan nak melihat dahulu dan ia ambil masa dua tahun, pembinaan pula ambil masa lagi tiga tahun.

“Jadi dari mula kajian sehinggalah projek itu siap ambil masa lima ke enam tahun, jadi saya kata antara lima ke enam tahun itu ‘what happen’ kalau berlaku banjir lagi?

“Sebab itu saya kata mesti ada tindakan jangka pendek sementara menunggu projek ini siap,” katanya dalam satu wawancara di kediaman rasminya di sini, hari ini.

Jelasnya, sehingga hari ini beliau telahpun mengarahkan jabatan yang terlibat untuk terus memantau serta menaik taraf rumah-rumah pam serta sungai yang boleh mengundang kepada berlakunya banjir.

“Paling tidak pun kita boleh mengekang banjir ini daripada terus berlaku, sebab itu saya dah arahkan tengok balik dan panggil pihak konsultan yang mereka faham mengenai permasalahan dan saliran banjir.

“Kalau rumah pam perlu kita tambahbaik, kita akan buat..sungai-sungai yang perlu kita dalamkan atau lebarkan, kita lebarkan supaya tidak berlaku banjir kilat dan sebagainya sementara kita menunggu sifar banjir ini pada lima tahun akan datang.

“Contohnya di Taman Bukit Beruang kita dah laksanakan dengan peruntukan dalam RM1 juta dan banyak tempat-tempat lain lagi sedang berlaku,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

633
Kongsi :
Previous post ‘Pilihlah kerajaan ada track record’ – Sulaiman
Next post Sektor pelancongan, perikanan Tanjung Bidara tumpuan utama BN
Ubah saiz-+=