Sektor pelancongan, perikanan Tanjung Bidara tumpuan utama BN

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

TANJUNG BIDARA 11 Nov – Beberapa sektor terutama pelancongan di Tanjung Bidara akan diberi perhatian bagi merancakkan ekonomi setempat dan membawa pulangan kepada penduduk di kawasan itu.

Calon Barisan Nasional (BN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, selain itu, tumpuan juga akan diberikan kepada sektor perikanan bagi menjaga keperluan nelayan di kawasan itu.

“Saya lihat bahawa koridor di Tanjung Bidara ni terutama di sebelah pantai pelancongan ini mesti diberikan perhatian supaya boleh menarik lebih ramai lagi pelancong-pelancong dalam dan luar negara datang dan memberikan peluang ekonomi kepada masyarakat sepanjang pantai ini.

“Di samping itu juga perhatian perlu diberikan kepada para nelayan yang selama ini mengharapkan kerajaan melihat keperluan-keperluan mereka yang mencari rezeki di lautan yang memerlukan sumbangan atau sedikit perhatian dalam meneruskan kelangsungan hidup,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini di Kampung Balik Batu, hari ini.

Justeru, beliau berharap penduduk Tanjung Bidara dapat menyerahkan mandat itu kepada BN supaya ekonomi di kawasan itu akan terus dirancakkan.

“Untuk itu saya meminta supaya diberikan mandat kepada UMNO dan BN supaya segala keperluan ini kita boleh ketengahkan untuk diberikan perhatian kepada kerajaan.

“Terutama dalam membantu masyarakat yang memerlukan di sepanjang pantai pelancongan dan juga pantai yang digunakan nelayan untuk mencari rezeki,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

501
Kongsi :
Previous post BN komited selesaikan isu banjir – Sulaiman
Next post BN Melaka perjuang HSR KL-S’pura diteruskan jika diberi mandat
Ubah saiz-+=