
BN perintah, pelaburan di Melaka meningkat
AYER KEROH 17 Nov – Kerajaan yang stabil dan mempunyai ‘track record’ memberi kesan positif kepada aspek pelaburan , kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.
Katanya, perkara itu dibuktikan yang mana pada era Pakatan Harapan memerintah selama 22 bulan, nilai pelaburan yang diterima Melaka hanyalah sekitar RM350 juta sahaja.
Namun apabila beliau mentadbir bermula 9 Mac tahun lalu, nilai pelaburan itu naik mendadak kepada RM3.2 bilion pada Dis 2020 dan terus meningkat kepada RM4.6 bilion setakat Nov tahun ini.
“Kenapa ketika itu (era PH) tidak ada pelabur datang, kerana mereka melihat kerajaan itu tak stabil dan tiada ‘track record’.
“Akhirnya bila saya angkat sumpah walaupun berdepan situasi pandemik COVID-19 dengan pintu sempadan ditutup, kita dapat menarik semula pelaburan 3.2 bilion pada 2020 dan RM4.6 bilion setakat Nov tahun ini.
“Ini bukan saya cakap, boleh rujuk sendiri dengan MIDA (Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia). Semua itu kerana pelabur yakin dengan parti yang memerintah,” katanya dalam Diskusi Perdana BN yang disiarkan secara langsung, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KUALA LINGGI DISERBU, 10 EKOR KAMBING GOLEK ‘PIKAT’ TETAMU
KUALA LINGGI 25 Mac - Hidangan gulai kawah, asam pedas ikan pari dan kambing golek antara yang dijamu kepada kira-kira...
BIMBINGAN MAIM BANTU LONJAK PERNIAGAAN YOGURT ‘MADE IN’ ALAI
TELOK MAS 25 Mac - Meskipun pada awalnya jualan minuman yougurt yang diusahakan pasangan suami isteri ini kurang mendapat sambutan,...
FASA PERALIHAN MONSUN BERMULA AHAD – METMALAYSIA
KUALA LUMPUR, 25 Mac - Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula Ahad ini dan berterusan sehingga Mei, membawa kepada kejadian ribut...
40,000 DIJANGKA MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA SAYANG RAKYAT
AYER KEROH 25 Mac - Dianggarkan 40,000 pengunjung bakal memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat pada Sabtu ini (28...
MELAKA KAJI CADANGAN KURANGKAN KADAR SEWA TAPAK PENJAJA
PAYA RUMPUT 25 Mac - Kerajaan Negeri akan meneliti cadangan berkaitan pengurangan sewaan perniagaan di negeri ini seperti yang dilaksanakan...
AIDILFITRI: ZON BEBAS KENDERAAN BERMULA 26 HINGGA 30 MAC
BANDA HILIR 25 Mac - Sempena Aidilfitri ini, Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir akan bermula lebih awal iaitu pada...

