BN akan bina semula Melaka menjadi ‘The Venice of the East’

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 17 Nov – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali mahu negeri ini menjadi sebutan pelancong luar setanding lokasi pelancongan terkemuka dunia.

Beliau yang juga calon Barisan Nasional (BN) Lendu berkata, itu antara perancangan beliau yang terkandung dalam ‘flagship’ untuk membina semula Melaka menjadi negara gemilang sekiranya diberi mandat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Katanya, beliau tidak mahu produk pelancongan Sungai Melaka meniti bibir dalam kalangan pelancong tempatan dan asing sehingga mahu sentiasa mengunjungi lokasi berkenaan berulang kali.

“Kita mahu Melaka menjadi sebutan seperti mana Venice, (Italy) Gold Coast (Australia), dan kita mahu mereka (pelancong) menyebut Kota Melaka.

“Melaka akan jadi pusat pelancongan setanding negara di luar sebab itu saya ada pelan dalam salah satu teras ‘flagship’ untuk membina semula Melaka menjadi negeri gemilang, ‘the greater Melaka’.

“Kalau ada Sungai Melaka, takkan kita mahu itu sahaja produknya, yang orang datang sekali sahaja, kita mahu mereka datang ‘third time’, jadi kena ada perancangan baharu. Melaka juga akan jadi ‘The Venice of the East’,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Diskusi Perdana BN di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata, jika diberi mandat dalam PRN, kerajaan akan memastikan sektor pelancongan di negeri ini buka sekadar pelancongan hujung minggu sebaliknya menjadi pusat perniagaan di mata dunia.

“Kegemilangan Melaka akan menjadi seperti 700 ke 750 tahun dahulu,” katanya.

Views:

859
Kongsi :
Previous post BN perintah, pelaburan di Melaka meningkat
Next post BN akan tubuh jawatankuasa khas siasat isu tambakan pasir
Ubah saiz-+=