BN akan tubuh jawatankuasa khas siasat isu tambakan pasir

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

AYER KEROH 17 Nov – Jawatankuasa khas bagi menilai, menyelidik dan memeriksa isu tambakan pasir akan ditubuhkan sekiranya mandat diberikan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, penubuhan itu akan menyiasat isu berkenaan dengan penglibatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk diselesaikan secara telus.

“Kalaulah BN diberi mandat, kita akan bentuk satu jawatankuasa, dan akan pastikan ia telus untuk kita siasat, serah kepada pihak berkuasa temasuklah kalau SPRM, polis, kita selesaikan ‘once for all’, kita serah, kita siasat.

“Pihak kerajaan saya akan bagi kerjasama sepenuhnya, saya akan selesaikan, jangan cerita lagi perkara ini.

Beliau berkata demikian dalam Diskusi Perdana bersama Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad Hasan menyokong perkara itu dan bersetuju ia perlu dilaksanakan sekiranya BN memimpin kerajaan selepas PRN akan datang.

Malah beliau berkata, isu tambakan pasir yang dipolemikkan berlaku sejak dahulu lagi dan ia perkara itu tidak wajar dibangkitan dan mengaitkan dengan kepimpinan yang dibawa Sulaiman, ketika ini.

“Sulaiman ni baru lagi, tambak laut Melaka sejak saya jadi Menteri Besar Negeri Sembilan, bukan zaman dia, dah lama dah.

“Zaman itu lagi dah buat dah, apa cerita sekarang (mahu) bongkar? Sebab tak dapat jadi Ketua Menteri? cuba baca, buka buku balik.

“Saya setuju buat jawatankuasa khas untuk menilai, menyelidik, memeriksa, isu ini perlu diselesaikan,” tegasnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

516
Kongsi :
Previous post BN akan bina semula Melaka menjadi ‘The Venice of the East’
Next post Hanya Sulaiman calon Ketua Menteri daripada BN
Ubah saiz-+=