
BSAT MAIM santuni asnaf terlantar
AYER KEROH 3 Februari – Isteri dan anak-anak menjadi penguat semangat buat warga emas ini bagi melawan kesakitan akibat menderita masalah kencing manis dan tekanan darah tinggi yang kronik.
Malah penghujung tahun lalu dugaan Ahmad Daud, 74, bertambah apabila dia mula kerap mengalami pendarahan pada bahagian badan.
Berikutan masalah kesihatan dialami, Ahmad perlu berulang-alik ke Hospital Melaka, bagi mendapatkan rawatan susulan dan pemeriksaan secara berjadual.
Dugaan dilalui warga emas itu yang juga asnaf mendapat perhatian Sukarelawan Al-Taqwa (BSAT) Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang turun padang untuk menziarahi dan bertanya khabar mengenai perkembangan kesihatannya.
Dalam kunjungan ke rumah Ahmad di Kampung Bukit Tembakau, baru-baru ini, BSAT turut menyampaikan bantuan katil boleh laras, mesin penyedut kahak, susu kesihatan serta lampin pakai buang.
Sumbangan itu bertujuan membantu meringankan beban warga emas berkenaan yang sebelum ini sudah menerima bantuan sakit terlantar.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
16,000 PETAK PARKIR PERCUMA DI KAWASAN MBMB SELAMA 7 HARI
AYER KEROH 15 Mac – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menyediakan hampir 16,000 petak parkir percuma selama tujuh hari sempena...
TANJUNG BIDARA LOKASI SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA 2026
TANJUNG BIDARA 15 Mac - Pantai Tanjung Bidara bakal menjadi lokasi Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026. Ketua Menteri...
460 KHATAM AL-QURAN DI TANJUNG BIDARA SEMPENA RAMADAN
TANJUNG BIDARA 15 Mac - Seramai 460 warga Tanjung Bidara berjaya khatam al-Quran sempena Ramadan tahun ini. Ia buat julung...
AYAM RM5 LICIN DALAM SEJAM
MERLIMAU 15 Mac - Tawaran ayam segar dengan harga serendah RM5 seekor di Pasar Tani Merlimau laris apabila sebanyak 3,000...
KETUA MENTERI SANTUNI 100 ASNAF DI KAMPUNG BALIK BATU
TANJUNG BIDARA 15 Mac - Kegembiraan dan rasa syukur jelas terpancar di riak wajah 100 asnaf di Kampung Balik Batu...
HADIAH UNTUK ORANG MASJID TANAH 19 MAC INI
TANJUNG BIDARA 15 Mac - Sempena tiga tahun mentadbir negeri, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bakal memberikan...
