Bukan pertandingan siapa popular – Ab Rauf

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

TANJUNG BIDARA 8 Nov – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menegaskan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bukan pertandingan individu untuk menunjukkan siapa yang lebih popular.

Beliau berkata, ia sebaliknya adalah pertandingan antara tiga parti (PN, PH dan BN) yang berbeza ideologi dalam menguruskan rakyat di Negeri Melaka.

“Saingan yang sengit sebenarnya adalah antara parti…antara sebuah parti yang membawakan kelestarian rakyat dalam pengurusan kerajaannya dan sebuah parti lagi membawa ideologinya masing-masing, tapi kita melihat ada dua perbezaan antara dua pentadbiran kerajaan.

“Jadi saya mengatakan sekali lagi bahawa bukan pertandingan individu untuk menunjukkan siapa yang lebih popular tetapi merupakan pertandingan antara dua parti yang berbeza ideologi.

“Jadi kita melihat, sudah jelas terbukti peluang yang diberi kepada parti (Pakatan Harapan) yang mengurus tadbir selama 22 bulan dan kita melihat parti BN selama 18 bulan, parti BN menunjukkkan kematangan di dalam kita menguruskan rakyat Negeri Melaka dalam tempoh tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di kediaman rasminya selepas menyerahklan borang penamaan calon N02 Tanjung Bidara, hari ini.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata, mengikut data politik dan sains selepas merdeka sehinggalah hari ini, rakyat sentiasa memberikan kepercayaan padu kepada BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara.

“Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lepas, semua (saluran) di DUN Tanjung Bidara mendapat majoriti yang tinggi.

“Kepercayaan rakyat kepada perkhidmatan yang diberikan oleh BN kita dapat merealisasikan dalam pengurusan pentadbiran yang selama ini kita dah berikan kepada rakyat,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

734
Kongsi :
Previous post Pertembungan tiga penjuru di DUN Lendu
Next post Calon PAS panik silap bawa pen
Ubah saiz-+=