
Pertembungan tiga penjuru di DUN Lendu
LENDU 8 Nov- Kerusi N.04 Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).
Pengumuman rasmi calon bertanding itu dibuat Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mohd Haidir Haron di Dewan Kompleks Japerun Lendu, hari ini.
Tiga calon terbabit adalah dari Barisan Nasional (BN) yang merupakan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali manakala PN dan PH masing-masing diwakili , Ahli Bersatu, Mejar (B) Abdullah Mahadi dan Ketua Penerangan PKR Melaka, Mohamad Asri Ibrahim.
Kesemua calon mengemukakan borang pencalonan sebelum tempoh satu jam yang diberikan SPR bagi proses penamaan calon.
Proses penamaan calon tamat setelah ketika calon diumumkan Mohd Haidir di pentas dewan tepat jam 9.39 pagi tadi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
DARI PONDOK ZINK NURSAJIDAH BERTEDUH DI RUMAH SELESA HASIL KEMAKMURAN MELAKA
AYER MOLEK 20 Oktober - Bukan tilam empuk, sebaliknya hanya beralaskan sejadah, itulah kehidupan yang dilalui Nursajidah Md Nor, 41,...
881 KES PENYAKIT BERKAITAN JEREBU DIREKODKAN DI MELAKA
AYER KEROH 20 Oktober – Sebanyak 881 kes penyakit berkaitan jerebu direkodkan di Melaka pada Minggu Epidemiologi (ME) 41/2026, menurun...
ORANG MACHAP JAYA PUAS HATI KHIDMAT ‘AH SEM’ BELA RAKYAT
MACHAP JAYA 20 Oktober - Sikap mudah didekati, prihatin terhadap kebajikan rakyat dan pantas menangani aduan tanpa mengira latar belakang...
OPERASI MELAKA RIVER CRUISE BERPINDAH SEMENTARA KE JETI PENGKALAN RAMA BERMULA 2 NOVEMBER
DUYONG 20 Oktober - Operasi Melaka River Cruise di Jeti Taman Rempah akan dipindahkan sementara ke Jeti Pengkalan Rama bermula...
DULU TIDUR ATAS LANTAI SIMEN, SEKARANG MILIKI SALUN SENDIRI
BANDARAYA MELAKA 20 Oktober - Berbekalkan kemahiran dalam bidang dandanan rambut dan semangat untuk menyara anak-anak, Zulaikha Puerto Abdullah, 60,...
PELAJAR ANTARABANGSA PACU EKONOMI KOMUNITI
TELOK MAS 20 Oktober - Kehadiran pelajar antarabangsa yang menuntut di institusi pengajian tinggi di Melaka bukan sahaja menyumbang kepada perkembangan...

