Pertembungan empat penjuru di DUN Telok Mas

Masa Membaca:57 Saat

TELOK MAS 8 Nov- Perebutan kerusi N23 Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, Melaka menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN)  Pakatan Harapan (PH) dan Bebas.

Pengumuman rasmi calon bertanding dibuat Ketua Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) N23 DUN Telok Mas, Dr Mohd Azam Ahmad , di Kompleks Komuniti Desa (KKD) Telok Mas, hari ini.

Empat calon terbabit adalah dari  Barisan Nasional (BN) yang diwakili Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman manakala PN dan PH masing-masing diwakili Pengerusi PN, negeri, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen dan Setiausaha Amanah negeri,  Datuk Ashraf Mukhlis Minghat serta seorang calon bebas.

Calon Bebas yang menggunakan logo Buku itu adalah  Muhammad Ariff Adly Mohamad, 32 tahun.

Kesemua calon mengemukakan borang pencalonan sebelum tempoh sejam penamaan calon tamat pada jam 10 pagi.

Mohd Azam berkata, beliau berpuas hati dengan kesemua borang pencalonan yang dikemukakan.

“Setakat ini tiada calon yang ditolak borang penamaannya,  dan saya berpuas hati dengan semua borang hari ini,” katanya.

Beliau turut memberitahu 16 Nov depan merupakan hari mengundi awal dan 20 Nov adalah hari membuang undi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1132
Kongsi :
Previous post PRN Melaka catat rekod calon teramai
Next post Pertembungan tiga penjuru di DUN Lendu
Ubah saiz-+=