Buku Jejak Tiga Dekad Belia Melaka karya Tun Mohd Ali dilancar

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

DURIAN TUNGGAL 30 Ogos – Buku Jejak Tiga Dekad Belia Melaka, dihasilkan Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam, dilancarkan secara rasmi hari ini.

Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Prof Ts Dr Massila Kamalrudin berkata, sebalik kesibukan memimpin Melaka, Tun Mohd Ali masih sempat menghasilkan buku berkenaan.

“Pelancaran buku ini begitu istimewa kerana diadakan pada ambang kemerdekaan negara hari ini.

“Diharapkan dengan penerbitan buku seperti ini kumpulan belia khususnya di Melaka lebih bersemangat, bermotivasi dan berinspirasi dalam mengharungi cabaran kehidupan yang semakin kompleks pada masa ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pelancaran buku Jejak Tiga Dekad Belia Melaka dan Program Tun Canselor & UTeM bersama Masyarakat Forum Kemerdekaan & Kayuhan Kemerdekaan di Auditorium Canselori Kampus Induk UTeM, di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Yayasan Canselor UTeM, Datuk Seri Jamil Salleh; barisan panel forum kemerdekaan, Senator Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali; Tan Sri Prof Datuk Wira Abdul Latif Abu Bakar dan Muhammad Amri Hakimi Alias

Terdahulu Tun Mohd Ali, melancarkan buku Jejak Tiga Dekad Belia Melaka 1950 hingga 1970 dihasilkan selain menyerahkan bantuan ‘food bank’ kepada lima institusi pengajian tinggi (IPT) di Melaka.

Dr Massila berkata, seiring dengan sambutan kemerdekaan, UTeM tidak ketinggalan menganjurkan program bersifat patriotisme bagi memupuk perpaduan dalam kalangan warga universiti dan masyarakat sekitar.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1744
Kongsi :
Previous post ‘Perajurit cilik’ sambut Hari Merdeka
Next post PM Ismail Sabri pertimbang bentang bajet 2023 jika peraturan benarkan
Ubah saiz-+=