
Bulatan MITC menghala ke Hotel MITC ditutup bermula esok hingga 16 Oktober
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata penutupan jalan itu hanya membabitkan bulatan MITC menghala ke laluan masuk Hotel MITC bermula 8 pagi esok hingga 6 petang 16 Okt.
“Orang ramai juga diminta memberi kerjasama dengan pihak berkuasa khususnya polis untuk mengikut arahan atau tunjuk arah yang diberikan serta peraturan sedia ada bagi memastikan kelancaran aliran trafik,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Pelbagai aktiviti dan program interaktif akan dilaksanakan sempena Jelajah AKM yang berkonsepkan kenduri rakyat sepanjang tiga hari penganjuran program itu seperti sesi bual bicara dan perkhidmatan bantuan serta nasihat daripada pelbagai agensi berkaitan.
Antaranya kaunter perkhidmatan kementerian dan agensi, gerai usahawan, Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia dan Jualan Murah Keluarga Malaysia. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
CHIKO JADI ‘GURU’ ZOO MELAKA PERKASA PEMBIAKAN HARIMAU MALAYA
AYER KEROH 30 September - Pengalaman bersama Harimau Malaya jantan, Chiko dalam program pembiakan dalam kandang (MyBIT) kini menjadi 'ilmu'...
WANITA CERIA LUBOK CHINA CIPTA TART NASI LEMAK, KUIH LOPES
AYER LIMAU 30 September - Bermula daripada kebosanan selepas pulang ke kampung, lima wanita di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...
MPJ BAWA ASPIRASI BANDAR PINTAR JASIN KE PENTAS DUNIA
JASIN 30 September - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) membawa aspirasi pembangunan Jasin Smart City 2035 ke pentas antarabangsa menerusi penyertaan...
TAPEM SALUR RM8 JUTA BANTUAN PENDIDIKAN SETAKAT OGOS
AYER KEROH 30 September - Dianggarkan sebanyak RM8 juta daripada RM12 juta peruntukan tahunan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM)...
DUN AYER LIMAU SEMAKIN BERCAHAYA
AYER LIMAU 29 September - Ayer Limau kini lebih 'bercahaya' apabila lebih 90 lampu dipasang di seluruh kawasan itu bagi...
TAPEM SASAR BAYARAN BALIK PINJAMAN PENDIDIKAN LEBIH TINGGI TAHUN INI
AYER KEROH 29 September - Jumlah tunggakan pinjaman Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) berjaya dikurangkan daripada kira-kira RM40 juta...

