Cadang warta Pulau Undan jadi Taman Laut Negara

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

UMBAI 21 Okt. – Kementerian Kewangan (MoF) bercadang mewartakan Pulau Undan menjadi Taman Laut Negara bagi menjamin kelestarian kepelbagaian biodiversiti marin di sekitar kawasan itu.

Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah berkata pewartaan itu dibuat di bawah Seksyen 41 Akta Perikanan 1985 (Akta 317) yang bukan sahaja memberi manfaat kepada kehidupan marin akuatik, malah boleh dijadikan lokasi eko pelancongan baharu negara.

“Krisis COVID-19 memberi peluang pada kerajaan untuk melaksanakan pembaharuan ekonomi ke arah mewujudkan ekonomi yang lebih lestari, produktiviti dan bernilai tambah tinggi terhadap persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG).

“Bajet 2022 akan memastikan langkah-langkah pembaharuan dilaksanakan dengan memberi tumpuan kepada pencapaian Sustainable Development Goals (SDG), RMKe-12 dan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB2030),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Jelajah Bajet 2022 Melaka di Jeti Pernu di sini, hari ini.

Ujarnya, menerusi Bajet 2022 kerajaan memfokuskan amalan rendah karbon, pemerkasaan komuniti di bawah agenda ESG, pemeliharaan biodiversiti dan pembiayaan hijau (green financing).

“Kelestarian (sustainability) dan keterangkuman (inclusivity) sentiasa menjadi agenda utama di dalam pembangunan negara.

“Malaysia secara konsisten memberi tumpuan mengenai ekonomi, sosial dan alam sekitar di dalam setiap Pelan Pembangunan.

“Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) juga menyokong agenda SDG dengan memberi penekanan ke arah negara rendah karbon, mempercepat kepada ekonomi kitaran, memulihara ekosistem semulajadi.

“Selain melindungi dan memelihara spesies dan sumber genetik, meningkatkan pemuliharaan alam sekitar dan lain-lain,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

569
Kongsi :
Previous post Bomba pertimbang kenaikan pangkat Mohd Diya
Next post Perlu kaedah jangka masa pendek atasi banjir berulang – KM
Ubah saiz-+=