
Cadangan PKR tambah empat kerusi dibincangkan dalam PH
BANDAR MELAKA 21 Okt – Cadangan PKR Melaka untuk menambah empat lagi kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Harapan (PH) negeri tidak lama lagi.
Sehubungan itu, PKR yakin PH tiada halangan berhubung cadangan berkenaan dan tidak akan berlaku perebutan kerusi terbabit.
Pengerusi PKR Melaka, Datuk Halim Bachik berkata, empat kerusi berkenaan tidak harus dijadikan rebutan sesama parti komponen PH, sebaliknya harus dirampas daripada Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).
“Perkara ini akan kami bincangkan dalam mesyuarat PH negeri tidak lama lagi bagi mendengar pandangan rakan dalam komponen PH,” katanya ketika dihubungi.
Halim menjelaskan, empat kerusi itu adalah sebahagian daripada enam kerusi yang ditandingi Bersatu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang mana pada ketika itu parti berkenaan adalah sebahagian daripada sekutu PH.
Halim bagaimanapun enggan menjelaskan empat kerusi yang dicadangkan bakal ditandingi PKR.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA TERBUKTI MESRA, SAYANG RAKYAT
REMBIA 9 Februari - Inisiatif pemberian sumbangan setiap kali tiba musim perayaan membuktikan Kerajaan Melaka amat sayang dan cakna terhadap...
MPHTJ KONGSI REZEKI SEMPENA TAHUN BAHARU CINA
AYER KEROH 9 Februari – Sambutan Tahun Baharu Cina bukan bukan sekadar perayaan, sebalik apa yang tersirat adalah ia menjadi...
TERUJA DAPAT ‘BONDING’ DENGAN GAJAH ZOO MELAKA
AYER KEROH 8 Februari - Pengalaman mendekati gajah dari dekat menjadi detik bermakna buat peserta Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)...
PARAS 3 EMPANGAN MELAKA MASIH STABIL, BELUM ADA KEPERLUAN CATU AIR
DURIAN TUNGGAL 9 Februari - Kerajaan Negeri beri jaminan bahawa bekalan air di seluruh negeri ini berada di tahap selamat...
KONGSI BERSAMA RAKYAT SELAGI ADA REZEKI – TOK RAOP
TANJUNG BIDARA 9 Februari - Jumlah bantuan kepada rakyat Negeri Melaka bagi tahun ini dinaikkan kepada RM168.8 juta berbanding RM164...
BIARLAH SUMBANGAN INI MEMBAWA SENYUMAN – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 9 Februari - Selepas hampir dua dekad Kerajaan Negeri masih meneruskan inisiatif sumbangan perayaan, sekali gus membuktikan nilai...

